ETCM 49

478 20 2
                                    


Sudah seminggu lebih Ara kembali bekerja, Kak Zah pula sudah berhenti bekerja kerana suaminya perlu berpindah ke tempat lain. Ara tiada kawan lain di tempat kerjanya itu selain dari Kak Zah. Sedih hatinya, siapa lagi mahu dia bercerita selepas ini.

Ara masih mengingati peristiwa seminggu lalu, di tempat kerja dia bersikap profesional. Apabila Tengku Izzhan mahu bertanyakan tentang hal yang luar daripada kerjanya dia segera memintas.

Dia tak nak mencampur adukkan hal peribadi dengan hal kerja. Puas Tengku Izzhan memujuknya untuk berbincang tentang mereka, namun tiada apa yang merubah keputusan Ara.

Sedang dia mengelamun ada seseorang yang mengetuk mejanya.

"Jauh termenung" Ara memandang orang itu terus menggigil.

'Hafiz' gumam Ara perlahan. Ara menundukkan kepalanya. Matanya mulai berair. Kejadian lalu menyinggah di benak fikirannya.

"Kau dah tau aku siapa ye"

"Baguslah kau dah tau, so kau tau jugalah kan apa yang aku nak" sambungnya lagi.

Hafiz suka melihat Ara ketakutan, bibirnya terukir senyuman sinis.

"Come on aku takutkan kau ke? Aku tak buat apa² pun. Sekarang ni perempuan penyebuk tu dah berhenti, so senang lah kerja aku untuk bersama kau kan Sarah a.ka. Ara"

"Ingat ye Ara, aku sentiasa perhatikan kau kat mana² je kau berada" Dia ketawa sinis dan berlalu pergi.

'Ya Allah, jauhkan aku dari segala benda buruk. Sungguh aku takut akan masa lalu yang pernah terjadi pada diriku' dalam hati Ara berdoa.

Telekom di mejanya berbunyi.

"Alisa, masuk ke pejabat  saya sekarang" Sejak Tengku Izzhan tahu yang Sarah ialah Alisa, dia menukar panggillannya. Sudah banyak kali Ara menyuruh Tengku Izzhan untuk memanggilnya Sarah tetapi dia tetap berdegil.

"Baik bos" jawab Ara.

Ara masuk ke pejabat Tengku Izzhan. Dia cuba berlagak seperti tiada apa yang berlaku tadi.

"Ada apa bos?" tanya Ara dengan nada cemburu.

"Hafiz buat apa pergi kat meja awak?" terjungkit sebelah kening Ara mendengar soalan Tengku Izzhan.

"Tak de apa, dia cuma tegur saya je" Ara menyembunyikan kebenaran.

"Kenapa mata awak merah?" tanya Tengku Izzhan ingin mengorek rahsia.

"Saya mengantuk sikit tadi, saya gosok mata, tu yang merah" terang Ara. Memang dia ada menggosok matanya tadi lepas sahaja Hafiz beredar.

"Bos panggil saya masuk semata-mata nak tanya saya pasal tu je" kata Ara sedikit bengang. Tengku Izzhan diam sahaja.

"Kalau tak de apa² lagi, saya keluar dulu" Baru sahaja ingin melangkah, Tengku Izzhan bersuara.

"Saya memang dah tak de peluang lagi ke?" tanya Tengku Izzhan.

"Berapa kali lagi saya nak cakap dekat Tengku, jangan campurkan urusan...." kata Ara tanpa menoleh ke belakang.

"Peribadi dengan kerja, ye saya tahu. Tapi ada ke awak beri saya masa untuk jumpa awak selain daripada waktu kerja? tak de kan. So saya nak awak pinjamkan sikit je masa untuk saya bercakap sekarang" rayu Tengku Izzhan.

Tengku Izzhan sudah tidak tahu macam mana lagi nak pujuk Ara supaya bercakap dengannya selain dari hal kerja.

Ara buntu mahu beri alasan apa lagi untuk mengelak daripada Tengku Izzhan. Dia rasa menyesal sebab tak ikut kata Naira untuk berhenti kerja. Sekarang ni, bertambah masalahnya.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now