ETCM 57

478 23 4
                                    


Selepas selesai semuanya, Ara dan Naira meminta diri untuk masuk ke bilik. Ara dipindahkan ke bilik bawah bagi memudahkan pengurusan dan pergerakkan Ara menggunakan kerusi roda.

Sampai sahaja di bilik, Naira membantu Ara untuk duduk di atas katil dan kemudian Naira mula mengemas barang2 Ara. Ara membuka tudung dan purdahnya lalu disangkut di kepala katil.

Ara sedang duduk melunjur di atas katil itu hanya melihat tingkah laku sahabatnya itu bergerak ke sana sini untuk mengemas barang milik Ara di dalam bilik itu.

Dalam hati Ara mengucapkan rasa syukur kerana dikurniakan sahabat seperti Naira yang sangat mengambik berat tentang dirinya. Ara yang melihat Naira mengemas tanpa henti itu ditegurnya.

"Ira dah2 lah tu kemasnya, dari tadi kau asyik kemas je. Sini lah rehat duduk dengan aku. Kau tak nak berbual dengan aku ke?" kata Ara seperti merajuk.

"Ehh sorry2 aku syok sangat kemas, lupa pulak kat kau. Jap ehh sikit je lagi. Aku pun nak berbual dengan kau tapi tengok bilik ni tak berapa nak kemas aku kemaskan dulu untuk kau biar selesa" kata Naira yang sedang menyapu lantai bilik itu.

Selepas beberapa minit, Naira berhenti mengemas dan duduk di sebelah Ara di atas katil.

"Ok settle"

"Thank you Ira tolong kemaslan barang aku, sorry susahkan kau" kata Ara bersalah.

"Welcome sister, aku okay je lah jangan lah macam ni. Kau tengah susah aku tolonglah. Takkan aku nak biarkan kau kemas semua ni" kata Naira sambil tersenyum di sebalik purdah itu.

"Buka lah purdah kau tu. Kita berdua je dalam bilik ni. Aku nak tengok muka kakak aku yang cantik ni. Lama aku tak jumpa kakak aku ni,rindu sangat kata Ara.

Naira menanggalkan purdahnya dan meletakkan di penyangkut. Ara menarik tangan Naira ke pegangannya. Hati Ara menjadi sebak.

"Ira aku minta maaf sangat² pada kau, aku tau semua ni berlaku sebab aku. Aku buat kau terseksa sepanjang kehilangan aku. Aku buat kau hilang arah samoai kay sakit. Bila aku sedar, aku sedih sangat sebab kau tak ada masa tu. Aku tanya mak mana kau, Mak bagitau aku kau pergi tempat lain untuk tenangkan fikiran" Ara menarik nafas sebrntar.

"Tapi aku rasa tak sedap hati dengan apa yang mak beritahu aku. Lepas beberapa hari aku asyik tanya mak pasal kau. Dan akhirnya aku tahu kebenarannya, sakitnya aku bila tahu kau sebenarnya bukan tenangkan fikiran tapi kau pergi berubat sebab keadaan kau makin teruk. Mak ada jugak bagitahu yang kau asyik salahkan diri kau atas kehilangan aku. Hati aku hancur bila mana aku sendiri biat kawan aku terseksa" Airmata Ara mengalir laju.

Naira menarik Ara kedalam pelukannya. Naira mengusap belakang Ara lembut.

"Dengar ni Ara, aku sikit pun nak salahkan kau. Aku cuma trauma dengan kehilangan irang yang aku sayang. Aku dah hilang family aku dan tak dapat pun jumpa diorang masa diorang meninggal. Jadinya, aku tak nak hilang kawan baik sahabat dunia akhirat aku, sebab tu aku jadi macam ni. Aku cuma tak boleh terima kalau aku hilang kau. Aku dah tak de sapa2 lagi kat dunia ni selain kau" Airmata Naira turut mangalir.

"Andaikata kau tak dijumpai sampai lah bila2 tak kan aku masih nak bergantung dekat family kau aku bukan sapa² dalam family kau. Aku tertekan. Aku takut nak hidup sorang². Sebab tu aku setuju bila mak kau suruh aku pergi berubat. Sekurang-kurangnya aku tak menjadi beban untuk family kau. Aku tau aku dah banyak susahkan korang semua. Bila aku kat sana, mak kau selalu datang melawat aku walaupun banyak kali aku tegah"

Naira menegakkan semula badan Ara setelah Ara mula rasa tenang. Naira memegang kedua bahu Ara.

"Aku rasa tak layak dilayan baik dalam keadaan yang sebegini.  Kau lebih penting bagi diorang tapi diorang masih kisah pasal aku. Aku cuba untuk lupakan apa yang berlaku tapi makin aku cuba makin aku jadi lagi teruk. Sampai satu hari ni, mak tak datang jenguk aku, aku rasa lega sekurang²nya diorang dah tak susahkan diri nak tengok aku lagi tapi aku salah"

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now