ETCM 32

505 25 1
                                    

8 bulan kemudian.

"Kakak ni ada surat untuk kakak"

Puan Fatimah menghulurkan sampul surat berwarna putih pada Ara. Ara melihat nama yang tertera. Ya, namanya. Tapi dia pelik surat apa? Tak pernah2 dia dapat surat.

Ara membuka sampul itu dengan berhati-hati. Ayat pertama dia nampak ialah..

TAHNIAH KERANA ANDA TELAH DITAWARKAN UNTUK MELANJUTKAN PELAJARAN KE UNIVERSITI AL-AZHAR, MESIR.

"What!!!!" Ara terjerit kerana terlalu terkejut.

Ini adalah impiannya. Dan akhirnya dia dapat. Lama dia tunggu tawaran ini.

"Kenapa kakak?" tanya Puan Fatimah.

"Mak kakak dapat tawaran sambung belajar" teruja sungguh Ara.

"Yeke kakak Alhamdulillah. Kakak dapat sambung kat mana?"

Tiba2 hatinya sayu untuk memberitahu di mana tempat yang ditawarkan.

"Hurmm kakak dapat sambung di.... Mesir, Universiti Al-Azhar, Mesir" kata Ara perlahan.

"Alhamdulillah baguslah tu"

"Tapi kakak tak nak berjauhan dengan mak abah dengan adik" mata Ara mulai bergenang.

"Kakak tak semua benda yang kita dapat ni dengan mudah macam tu je, mesti ada dugaan, cabaran yang kita kena hadapi. Ni adalah cabaran untuk kakak, jadi kakak kena terima dengan hati yang terbuka"

Ara diam cuba mencerna apa yang maknya katakan.

"Kalau kakak ragu2, buat solat istikharah minta petunjuk. InsyaAllah kalau ni yang terbaik untuk kakak Allah permudahkan" Ara menganggukkan kepalanya.

"Mak rahsiakan dulu dari abah dengan Azzam eh?"

"Yelah...."

Ara masuk ke biliknya. Fikirannya rungsing. Dia takut untuk berjauhan dengan orang yang dia sayang.

Ara merenung satu bingkai gambar. Dia mengambil bingkai gambar tersebut.

'Abang.... apa perlu Sarah buat ni. Sarah takut kalau waktu Sarah pergi ni... Sarah akan kehilangan orang yang Sarah sayang lagi.. Sarah tak nak abang.. tolong Sarah abang'

Ara bergerak ke bilik air untuk mengambik wudu' dan menunaikan solat isya' dan juga solat hajat serta solat istikharah. Selesai dia melaksanakan solat dia baring di katilnya dan melelapkan matanya.

Dia merasakan kehadiran sesuaru. Aabila dia buka sahaja matanya, dia nampak wajah orang yang dia rindui. Terus dia bangkit dari baringnya.

"Abang.." Dia tidak percaya apa yang dia nampak.

Ya, di hadapannya sekarang ialah Aril. Tapi apa yang lainnya ialah seluruh tubuh dan wajahnya bercahaya.

"Abang.. abang buat apa kat sini" tanya Ara lagi.

"Abang melawat sayanglah...."

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now