ETCM 43

495 20 0
                                    


Naira sedang menunggu doktor keluar dari wad yang menempatkan Ara sebentar tadi. Mundar-mandir Naira di luar wad itu. Purdahnya sudah basah dengan airmatanya yang tidak berhenti mengalir.

'Ini semua salah aku, kalaunaku tak cerita, Ara tak akan jadi macam ni' Naira tidak habis menyalahkan dirinya.

Tidak lama kemudian, Keluarga Ara sampai. Puan Fatimah pantas memeluk Naira. Naira menghamburkan tangisannya di bahu Puan Fatimah.

"Mak Ira mintak maaf sebab tak jaga Ara baik². Ara masuk hospital sebab Ira. Ira minta maaf mak abah.. Azzam Kak Ira minta maaf" Naira masih tidak berhenti menangis.

"Ira tak salah sayang, jangan salahkan diri Ira. Ni takdir Allah. Kita doakan supaya Ara tak apa²" pujuk Puan Fatimah.

"Iye kak Ira. Jangan lah macam ni, nanti kakak tengok kak Ira macam ni risau dia. Kitorang semua tak marahkan akak pun" Azzam juga cuba memujuk Naira.

"Dah berhenti menangis sayang, lap airmata tu. Nanti Ara fikir bukan² pulak" Naira cuba menenangkan dirinya. Azzam memberi sapu tangan pada Naira. Puan Fatimah mendudukkan Naira di kerusi.

15 minit kemudian....

Pintu bilik wad itu dibuka. Seorang doktor wanita keluar dari wad itu.

Naira terlelap di bahu Puan Fatimah akibat penat menangis juga terjaga mendengar bunyi pintu dibuka.

"Doktor... macam mana anak saya?" tanya Encik Azhari.

"Dia pengsan disebabkan oleh terkejut dan tertekan. Dia juga demam panas, badannya kurang air. Jangan risau kami dah masukkan air dalam badannya. Cuma satu saya nak tahu... pesakit ni pernah mengalami trauma ke sebelum ni?" tanya Doktor wanita itu.

Keadaan menjadi senyap sebentar. Tiga pasang mata berpandangan antara satu sama lain sebelum mengarah ke arah yang sama iaitu pada Naira.

"Naira tahu apa² ke pasal ni?" tanya Puan Fatimah.

"Ermm sebenarnya..." Naira menceritakan apa yang berlaku dahulu. Dan apa yang berlaku sebelum Ara pengsan.

"Saya rasa trauma dia yang menyebabkan dia pengsan. Trauma ni kita tak boleh nak hilangkan dengan apa² ubat sekalipun. Ia boleh hilang, bergantung pada kekuatan badan orang tu sendiri. Sama ada dia boleh lawan trauma dia atau tidak" terang doktor itu. Mereka hanya mengangguk sahaja.

"Boleh kami lawat dia?" tanya Puan Fatimah.

"Boleh tapi jangan tanya dia banyak soalan sebab takut pesakit tertekan nanti, dia perlukan rehat yang panjang" kata Doktor.

"Baiklah doktor, terima kasih" kata Encik Azhari.

"Saya pergi dulu"

"Ya Allah kenapa Ara sorokkan benda macam ni. Bahaya tahu tak, ni boleh melibatkan nyawa" Risau Puan Fatimah dengan apa yang telah di dengar dari Naira tadi.

"Kenapa kakak selalu sorokkan pasal kesihatan dia pada kita. Kita keluarga dia, perlu tahu. Kalau jadi apa² macam mana?" kata Azzam.

"Jangan marah kakak, kita tahu dia ada sebab kenapa dia sorokkan, dah jom masuk tengok kakak" kata Encik Azhari.

🌸🌸🌸

Tengku Izzhan berjalan ke biliknya. Dia melihat sekeliling seperti mencari seseorang.

"Bos cari siapa?" tanya Kak Zah.

"Kak Zah, mana Sarah?" tanya Tengku Izzhan.

"Tadi dia keluar lunch tapi belum balik lagi" Tengku Izzhan melihat jam tangannya. Sudah menunjukkan jam 2.30 petang, waktu lunch sudah tamat.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now