ETCM 25

529 19 0
                                    


Sejak Ara berkahwin dengan Aril sakitnya makin sembuh. Aril selalu menjaga pemakanannya dan semualah Aril jaga. Dan akhirnya dia dapat sembuh dari penyakitnya itu sungguh Allah itu maha penyayang menghadirkan seorang lelaki yang sangat perihatin dan sayang akan Ara.

Selepas solat Subuh Ara menyiapkan sarapan untuk suaminya. Setelah selesai dia pergi ke bilik baju mereka untuk menggosok baju kerja Aril. Selesai menggosok Ara bergerak ke bilik tidur mereka untuk melihat suaminya.

Kelihatan suaminya tertidur dengan berpakaian solat tadi. Memang menjadi kebiasaan mereka akan mandi sebelum solat Subuh.

"Abang.... bangun abang dah nak dekat pukul 7.30 ni" Ara menepuk bahu Aril perlahan.

Sedikit pergerakkan dari Aril. Ara mengejutkan sekali lagi.

"Syed Rayyan Zafriel bangunlahhh abang kerja hari ni" Ara menarik tangan Aril perlahan supaya suaminya duduk.

Aril terduduk namun matanya masih tidak terbuka. Aril mengenggam tangan isterinya itu dan dibawa ke mulutnya. Dicium tangan itu. Ara hanya tersenyum dengan tindakkan suaminya itu.

"Abang kenapa ngantuk sangat ni?" tanya Ara.

"Entahlah abang pun tak tau" dengan suara seraknya.

Ara menekup pipi suaminya.

"Abang open you eyes now you have to go to work" pujuk Ara

Aril membuka sebelah matanya. Senyuman nakal sudah ditunjukkan.

"Kalau nak abang bangun kiss dulu" sengaja Aril berbuat begitu. Sebenarnya rasa mengantuknya sudah pun hilang sejak Ara memnjuknya supaya bangun tadi.

"Mengadalah abang dah tak ngantukkan sebenarnya, cepat abang bangun nanti abang lambat pergi kerja tak elok. Abang kena jadi contoh yang baik pada staf abang"

"Alahh lambat sekali sekala tak apa lahh staf abang paham" Aril masih tidak membuka matanya dan tersenyum.

"No no no abang tak boleh lambat, wake up now abang, Sarah tunggu kat bawah" Ara bangun dari duduknya dan bergerak. Tetapi Aril menariknya duduk semula di atas katil.

Aril memeluk tubuh kecil isterinya itu seketika. Ara hanya membiarkan sahaja. Kemudian Aril membuka kedua-dua matanya. Aril merenung mata Ara. Ara hanya membalas. Dan..

Chuup...

Sepintas lalu sahaja kemudian Ara berlari keluar bilik dengan rasa malu. Dia tidak tahu mengapa setiap kali bersama suaminya dia berasa malu.

Aril mengelengkan kepalanya melihat telatah isterinya itu. Pemalu sungguh. Namun senyumannya mulai pudar mengenangkan isterinya kelak.

Aril bangun dan bersiap untuk pergi kerja. Kemudian turun ke bawah. Ara sedang menyiapkan sarapan di dapur. Dengan perlahan dia pergi ke belakang Ara dan memeluknya dari belakang. Ara sedikit pun tidak terkejut kerana dia nampak suminya dari cermin kabinet dapurnya itu.

"Abang duduklah dulu kat meja tu, sikit je lagi ni" Aril tidak berganjak malah dia makin memeluk Ara erat dan meletakkan kepalanya di atas bahu Ara.

"Tak nak, nak peluk....." kata Aril manja. Ara hanya membiarkan sahaja.

"Okay siap, dah jom makan" Aril mengambil mangkuk yang berisi nasi goreng itu dan mengenggam tangan Ara. Nak makan pun nak bersweet2.

Aril makan dengan penuh berselera. Ara hanya melihat suaminya makan. Suka dia melihat Aril makan. Aril tidak cerewet tentang makanan. Di makan sahaja apa yang dimasak oleh Ara. Ara seperti tidak lalu makan. Tekaknya mual sahaja tidak tahu mengapa.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now