ETCM 24

541 25 0
                                    


Esok merupakan hari terakhir Aril dan Ara berhoneymoon. Ara dan Aril menghabiskan masa seminggu mereka berhoneymoon dengan sebaiknya.

Mereka tidak mensia-siakan setiap detik yang berlalu. Banyak kenangan yang mereka cipta bersama.

Mereka juga tidak melupakan keluarga mereka. Ara membeli pelbagai jenis cenderamata untuk diberikan kepada keluarga tersayang. Aril hanya mengikut sahaja kehendak isterinya.

Dia tidak kesah membelanjakan banyak duitnya untuk isteri tercinta. Kemana lagi dia ingin membelanjakan duitnya kalau tidak untuk isterinya.

Disebabkan ini malam terakhir mereka sebelum mereka bergerak pulang pada esok hari, Ara mengajak Aril untuk pergi ke pantai.

"Abang..." meleret sahaja panggilan Ara maksudnya ada benda yang dia mahukan. Sambil mencucuk tangan suaminya.

"Ya sayang nak apa?" Aril mencapai tangan isterjnya dan memandang tepat ke wajah isterinya.

"Malam ni malam terakhir kita kat sini kan...  jadinya Sarah nak pergi pantai boleh...." Ara menggoyangkan tangan Aril.

Aril merenung setiap inci wajah isterinya itu. Ara menunggu jawapan suaminya.

"Boleh... tapi ada syarat" tarangkat kening Ara.

"Apa syaratnya?" Aril menarik Ara duduk di atas ribanya dan memeluk pinggang ramping Ara erat. Aril menyandarkan kepalanya dibelakang badan Ara.

"Abang.... apa syaratnya?" Aril memusingkan badan Ara untuk memandangnya.

"kiss abang dulu kat sini, sini, sini, sini dan sini... boleh" Aril menunjukkan kedua pipinya, dahi hidung dan akhir sekali bibirnya.

"Eee mengada.." Ara mencubit pipi suaminya perlahan.

"Mengada dengan sayang abang je" Aril mencuit pangkal hidung Ara itu.

Ara tergelak kecil. Ara memeluk tubuh suaminya. Rasa sayang dan cinta Ara pada Aril tak pernah berkurang malah bertambah dari hari ke hari kerana peribadi suaminya yang sangat lembut, penyayang dan penyabar.

"Nak tak pergi pantai kalau tak nak tak apa, kita duduk dalam bilik je malam ni tak payah keluar" Aril menayangkan senyum nakal.

"Ehh nak pergi pantai"

"Tau takut dah jom bersiap" Ara bangun dan menarik suaminya untuk bangun.

Baru beberapa langkah Ara menarik tangan suaminya. Aril memberhentikan langkahnya dan memandang Ara.

"Abang tundukkan badan kejap" Aril membongkokkan badannya.

Ara mencium kedua pipi, dahi hidung dan bibir Aril dengan pantas dan terus berlari ke dalam master room mereka.

'Malu lah tu' kata Aril perlahan dan mengejar isterinya itu.

🌸🌸🌸

Rizal sedang membaiki kereta di luar bengkel. Dia tidak perasan dirinya diperhati dari awal tadi. Selesai membaiki, Rizal masuk semula ke dalam bengkel. Hazmil, Fazril dan Hanif juga sedang merehatkan diri mereka.

"Wehh Riz dah siap belum kerja kau?" tanya Hazmil

"Dah baru siap tadi kejap lagi aku nak call pemilik kereta tu" kata Rizal sambil mengelap peluh di dahinya.

"Nasib hari ni tak banyak sangat kereta dah lah tak cukup kakitangan" kata Hanif

"Tulah hmm bilalah Nazim nak balik, dia tak sayangkan bengkel dia ni ke?" kata Fazril sayu.

Mereka berempat senyap selepas itu. Masing-masing membuat hal sendiri. Tiba2 Rizal ditegur oleh seseorang.

"Assalamualaikum, boleh saya tahu siapa pemilik baru bengkel ni?" orang tu memakai hoodie hitam dan menutup wajahnya dengan penutup mulut berwarna hitam.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now