ETCM 50

510 22 2
                                    


Naira baru sahaja keluar dari tandas. Telefonnya berbunyi, nama Izzhan terpampang di screen telefonnya. Segera Naira jawab panggilan tersebut.

O.T.P

"Ass.."

"Naira Ara hilang"

"ARA HILANG!!! MACAM MANA BOLEH HILANG"

Terkejut bukan kepalang Naira mendengar berita itu.

"bincang dengan Ara lepastu ada sikit salah paham, dia terus keluar. Dia minta balik awal. Tak lama lepastu security telefon saya kata Ara dengan sorang laki dalam lift. Saya tak sedap hati. Saya turun je bawah diorang dah hilang. Ada orang kata dia keluar dengan lelaki yang dalam lift dengan dia tu. Saya tahu Ara hilang sebab kereta Ara masih kat tempat letak kereta." Saya pun tak tahu, tadi saya ada

"YA ALLAH Izz apa awak buat ni?"

"Saya minta maaf, ni semua berpunca dari saya"

"Tak kesahlah siapa puncanya, Habis tu macam mana sekarang ni"

"Saya sedang detect location dari telefon Ara, ada apa² saya bagitahu. Sekarang ni awak bagitau family Ara dan suruh diorang releks dulu, saya akan cari cara nak cari Ara"

"Hmm ye lah nanti saya bagitau family Ara"

Naira mematikan panggilan tersebut. Hatinya mula berdebar takut sesuatu yang tak diingini berlaku.

'Macam mana aku nak bagitau mak ngan abah ni' Naira buntu.

"Naira kenapa" tanya kawan pejabatnya, Zara.

"Ara..dia hilang" kata Naira perlahan.

"Haa!! hilang!!" Zara juga terkejut. Dia juga mengenali Ara.

"Sekarang ni bos tempat dia tengah cuba cari location dari telegon Ara" kata Naira.

"Mak abah korang dah tau belum" tanya Zara lagi.

"Belum, aku tak tau nak bagitau macam mana. Aku takut, aku buntu" Naira sudah serabutkan tudungnya. Airmata tak usah cakaplah. Basah dah purdah yang dia pakai tu.

"Dah sekarang ni kau pergi solat Zuhur, doa banyak² tenangkan diri kau, petang ni aku teman kau balik. Kita bagitahu sama², okay. Dah lap airmata tu, tudung tu betulkan nanti apa orang cakap" kata Zara.

"Thanks Zara, aku harap sangat tak de benda buruk berlaku. Aku tahut sakit dia datang balik, keadaan akan jadi bertambah buruk nanti" Naira tidak sedar yang dia sudah terlepas cakap.

"Penyakit?"

Zara tahu semua tentang Ara tetapi tentang kesihatan Ara, dia tak pernah tahu. Naira mengelabah.

"Ermm..." Naira sudah tidak tahu mahu membalas apa. Dah alang² terlepas tu habiskan je lah.

"Ara sebenarnya Ada trauma dulu. dan dia dah berubat dah, tapi baru² ni trauma dia datang balik san mungkin bila jadinya benda macam ni penyakit dia boleh menyerang semula"

"Apa akan jadi kalau trauma dia datang" tanya Zara.

"Kalau yang biasa, dia akan menggigil dan pengsan. Kalau yang teruk dia akan meracau² macam kena rasuk. Dia akan mengganas dan boleh cederakan diri sendiri dan orang berdekatan" kata Naira.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now