ETCM 30

555 23 0
                                    


Selesai pengebumian Aril, Ara pulang kerumah mertuanya kerana malam ini akan diadakan majlis tahlil. Dari semalam sampailah sekarang mulutnya bagaikan terkunci.

Sebutir nasi tidak lagi menyinggah ke mulutnya. Hanya air yang memenuhi perutnya. Sungguh dia tidak larat untuk buat apa2.

Penat Puan Fatimah memujuk Ara untuk mengisi perutnya. Ara tetap juga menolak. Mereka tidak mahu memaksa, biarlah Ara bersendirian. Sakitnya seorang isteri kehilangan suaminya.

Ara seperti hilang arah namum fikirannya masih waras. Dia tidak sampai tahap mahu melakukan perkara yang tidak sepatutnya. Ara cuma terkejut dengan apa yang berlaku.

Semuanya berlaku dengan pantas. Hanya sebentar sahaja pinjaman tuhan padanya. Sungguh Allah itu Maha Penyayang. Tuhan lebih sayangkan suaminya.

Baju jubah hitam yang dipakainya tadi tidak ditukar. Dia penat. Tidak larat mahu melakukan apa2.

Ara duduk termenung di beranda biliknya. Keadaan langit yang sudah pun hujan menemani airmatanya  yang tidak berhenti mengalir. Hatinya masih lagi belum dipulangkan.
____

"Mak, kakak dah makan ke belum?" tanya Azzam.

"Belum lagi, puas mak pujuk dia tak mahu jugak" kata Puan Fatimah.

"Tak pe lah biar Azzam pujuk kakak, meh sini dulang tu. Mana tahu kakak dah lapar" kata Azzam. Puan Fatimah mengangguk sahaja.

Azzam pergi ke bilik Arwah abang iparnya dan kakaknya. Perlahan dia mengetuk pintu bilik itu.

"Kakak... Azzam ni"

Senyap.

"Kakak, Azzam masuk ehh" Azzam membuka pintu bilik itu dan masuk ke dalam. Dia meletakkan dulang itu di atas meja dan menutup pintu.

Azzam mendekati Ara yang termenung itu. Dia duduk di sebelah Ara. Sayu hatinya melihat wajah pucat Ara. Azzam mencapai tangan kanan Ara. Ara tidak menunjukkan apa2 reaksi.

Azzam paham keadaan kakaknya.

"Kakak..."

"Kakak pandang Azzam sini" Perlahan Ara memusingkan badannya menghadap Azzam itu.

Azzam menghapuskan airmata yang mengalir di pipi kakaknya itu. Azzam membawa Ara ke dalam pelukannya. Ara tersedu-sedu menahan tangisannya.

"Nangislah kakak, nangislah sepuasnya. Kalau itu yang mampu buat kakak lega, tenang, nangislah Azzam ada sentiasa ada untuk kakak" Azzam mengusap rambut Ara lembut.

Ara terus menangis teresak-esak. Azzam selalu ada untuknya dikala susah senangnya dulu. Sungguh dia sayang satu-satunya adiknya ini.

Tidak lama kemudian Azzam keadaan menjadi senyap. Tiada lagi bunyi tangisan. Azzam melihat Ara sudah terlena di dakapannya.

Azzam mencempung Ara ke katil dan menyelimutkannya. Azzam mencium dahi Ara.

'Azzam sayang kakak' Azzam keluar dari bilik itu dan turun ke bawah sambil membawa dulang makanan yang masih tidak disentuh.

"Azzam, kakak tak nak makan ke?" tanya Puan Fatimah melihat dulang yang dibawa Azzam seperti tidak diusik.

"Kakak tertidur tadi, tu yang tak sempat nak bagi makan"

"Oh tak pe lah, nanti mak bagi kakak kamu makan. Dulang tu letak atas meja" kata Puan Fatimah.

Azzam mengangguk dan kemudian dia pergi ke biliknya untuk berehat.

Azzam juga sedih atas pemergian abang iparnya. Aril sangat baik dengannya. Dia dapat merasakan kasih sayang seorang abang apabila bersama Aril.

Dia terkejut akan berita yang dia terima. Namun dia tidak dapat melawan takdir yang telah tertulis. Abang iparnya telah dijemput Ilahi.

Encik Tengku, Cik MekanikWhere stories live. Discover now