Prologue

3.5K 102 2
                                    

Nafasnya tercungap cungap. Tapak kakinya terasa perit. Pedih. Larian dilajukan. Dia kena cepat! Dia kena selamatkan lelaki itu!

" Hey, berhenti!"

Larian dilajukan lagi. Pedulikan kakinya yang tidak berkasut. Dia lebih bimbangkan lelaki itu. Jeritan orang yang mengejarnya tidak diendahkan. Hujan yang lebat membasahi bumi dan dirinya turut tidak dihiraukan.

" Nyawa kau..nyawa aku. Jaga diri kau..sebab kau lah pelindung nyawa aku.."

Itu kata kata lelaki itu sebelum atau selepas mereka bersama. Hanya itu yang selalu dia ungkapkan.

Air matanya bercucuran. Pantas diseka. Dia kena kuat! Come on! He need her! She need him!

" Argh!"

Kakinya tersadung. Darah mula mengalir dilutut. Sakit! Telapak tangannya sudah merah dan calar balar.

Orang yang mengejarnya turut berhenti. Mereka turut termengah mengah. Mereka menyumpah dalam hati. Lari macam apa!

" Jangan lari. Habislah kitaorang kena marah nanti! Duduk diam diam, kau tu sakit!"

" Tapi saya nak jumpa dia! Saya kena selamatkan dia!"

Degil.

Laju badan diangkat untuk bangun. Kemudian kakinya mengorak langkah dengan laju. Persetankan semua itu! Kalau lelaki itu mahu dia menjaga nyawa dia, kenapa dia tidak menjaga nyawa nya?

His life is her life too!

" Hey! Rycca!!"







My SoulKde žijí příběhy. Začni objevovat