Eighteen

1K 55 0
                                    

" Pelik. Kenapa Jessi tak muncul lagi?"   tanya lelaki itu kepada rakannya. Rakannya hanya menjungkitkan bahu.

Hairan.

" Kau kena faham jugak. Bukan senang Jessi nak datang. Kalau Jay tu..nah..senang."    jelas rakannya.

Sudahnya lelaki itu hanya mengangguk. Tak kisahlah samada Jay atau Jessi, target mereka orang yang sama.

Dan bayaran mereka tetap dibayar.









****









" Hai, lovely birds? Jangan simbah air gula sangat. Kesian yang dekat single ni"  ujar Eimam dalam nada meluat. Eric mengangguk setuju.

Pandang bangku kiri, Airiel dan Natasha. Pandang bangku kanan, Ryan dan Rycca. Tinggal Eiman, Eric, Amran dan Jumbo ditengah tengah. Hannah pula semakin suka mengendeng dengan Amran. Nasib budak.

Ryan tersengih tak bersalah. Dia membuat muka kearah Eiman.

" Hai? Awek Auckland takkan tak sangkut kut?"

" Dah melayu buat cara melayu. Taste still melayu."

Jawapan selamba Eric membuatkan ketawa mereka pecah.

" Irine bukan seratus peratus melayu tau."   kata kata Airiel mengundang cebikan si kembar. Yelah, sebab sebelum ni beria lah si kembar tu minat dekat Natasha. Kata kalau Airiel takde, memang dikebas Natasha.

Ni lain pulak cakap.

" Bertuah lah.."

Rycca hanya tersenyum lebar melihat lelaki lelaki itu bergurau senda. Bahagia dengan rakan rakan mereka. 

Dilihatnya Natasha mengambil Hannah dari Amran dan jalan menuju ke arah Rycca. Isyarat diberikan kepada Ryan agar memberi sedikit ruang.

Ryan faham dan segera pergi kearah rakan rakannya. Sempat satu senyuman senget sekali pakej lesung pipit diberikan kepada Rycca.

Natasha menyuruh Hannah duduk dengan Rycca. Tidak puas Rycca menatap wajah si anak gadis. Kecil kecil sudah memikat begini, apatah lagi semasa sudah besar?

" Rycca.."

Senyuman diberikan kearah Natasha sebagai tanda dia mendengar.

" Kau nak pesan apa apa?"

Laju ketawa yang terkeluar.  "Ingatkan apa tadi. Awak beli je apa apa. Saya tak kisah. Tak beli pun tak apa."

" Lagi pun awak pergi sana untuk jumpa dengan saudara awak kan? Bukan bercuti."   sambung Rycca lagi. Senyuman manis dilemparkan.

Apabila mendengar ketawa lelaki lelaki itu kedengaran, Rycca mengalihkan pandangannya kearah Ryan yang sedang ketawa.

Automatik bibir turut tersenyum. Suka melihat Ryan seperti bebas. Bersama rakan rakannya.

" You like him, don't you?"

Rycca tersentak. Anak matanya bersabung dengan anak mata biru milik Natasha. Kemudian dia tertunduk.

" Aku perempuan. Aku tahu. Jangan segan dengan aku Rycca."   lembut Natasha bertutur.

Rycca melepaskan keluhan. Wajah diangkat memandang Ryan dan Natasha bersilih ganti.

' Damn..i can't hide it anymore..'

" Straight Rycca. Tell him. Aku bukan nak padan padankan korang. Tapi..aku tahu Ryan suka kau Rycca. Dia selalu cakap dekat kitaorang.."

" My soul."

Ayat itu diucap serentak. Entah kenapa ayat itu yang terpacul dikepala Rycca tadi. Terus disebutnya.

My SoulWhere stories live. Discover now