Fifty three

964 49 3
                                    

" Aku dah kata aku bukan perempuan tu!"   Jay memekik bengis. Terangkat bahu Rycca. Badan dia menggeletar melihat rupa Jay.

Rycca makin kebelakang dan kebelakang diikuti Jay. Sekeliling dipandang. Semua banglo sudah gelap gelita. Sunyi sepi.

Peratus untuk orang hadir menyelamatkannya tipis. Lagi lagi kawasan ini dikawal rapi.

Hanya orang yang memang betul betul 'nakal' dapat melepasi kawalan itu. Tetapi dimana orang itu?!

" Kau tahu? Anak dalam perut kau tu, aku rasa nak bunuh je. Kau rasa kau layak ke ada anak dengan lelaki tu? Kau sedar tak kau tu dah kena tebuk dengan bapak sendiri?"

Jay senyum sinis.  " Ryan tu baik sangat. Bulat bulat je dia percaya yang kau teraniaya. Entah entah kau pernah main dengan lelaki lain ke?"

Pang!

Jay terteleng dan terus terdiam. Merah wajahnya. Dia mengangkat wajah.

" Jangan..berani cakap..macam kau tahu semuanya. Kau siapa?"

Terbang terus segala ketakutan Rycca. Yang tinggal kini hanya amarah yang kuat.

" Ah!"

Perut Rycca rasa senak apabila terjatuh duduk diatas jalan tar. Pedih.

Wajah Jay dilihat. Mata Jay hanya bersinar dingin.

Buk!

Jay tertolak kedalam semak. Pipi dipegang. Dia mahu melawan, tetapi badannya ditendang kuat dari belakang.

" Sorry Rycca. Aku lambat"

Eric.










****








Bip...bip...bip...

Bunyi itu membuatkan Ryan terjaga dari tidur. Matanya masih terpejam, namun tangannya cuba digerak gerakkan. Menyelesakan diri.

Perlahan lahan mata dibuka. Terkelip kelip mata Ryan untuk menyesuaikan dalam keadaan terang benderang.

" Encik? Encik dah sedar? Boleh nampak saya?"

Seorang doktor lelaki bernama Noah bersuara dan tersenyum manis.

Ryan hanya mengangguk. Fikirannya blank seketika.

" Alright, bagi saya check keadaan encik. Sebelum tu boleh encik ingat apa yang berlaku? "

Ryan hanya diam. Dia membiarkan bajunya diselak untuk memeriksa keadaan di perut.

" Hm..saya kena tikam. Masa tu dah tengah malam.."

Noah hanya mengangguk mengiakan. Dia terus membuat kerjanya dan terus mendengar penjelasan Ryan. Jururawat disebelah pula sibuk mencatat sesuatu.

" Okay encik Ryan..encik tahu sekarang pukul berapa?"

Ryan rasa nak dijeling aja doktor itu. Dah dia baru sedar, sah sah lah bukan jam yang dia cari!

" Tak tahu. Pukul berapa doktor?"   kedengaran seperti sinis, tapi memang itulah yang Ryan mahu tahu juga.

" Sekarang..hampir tengah hari. Pukul 10:20 pagi"

Terus Ryan terbangun dari pembaringan. Perut yang pedih berbalut diabaikan terus. Terbang terus fikirannya tentang Jay dan yang lain. Hanya satu perkara sahaja difikirannya kini.

Rycca.

" Isteri saya doktor? Rycca Atma Rahman! Dia mana?! "

Noah diam seketika untuk berfikir. Beberapa soalan dilemparkan kepada jururawat sebelum dia menjawab soalan Ryan.

My SoulWhere stories live. Discover now