Seven

1.3K 62 3
                                    

Sejak Ryan pulang dari bakery tadi, Rycca asyik senyum sorang sorang. Fikir apa entah dia tu. Agaknya Ryan yang gila telah membuatkan Rycca menjadi gila sekali kut.

" Kenapa dia selalu cakap see tomorrow night? Malam ni?"

Sambil berkata kata, tangan Rycca laju menyusun tart buah didalam kotak. Mahu disejukkan dahulu sebelum bawa keluar. Pergi ke hotel itu dalam jam 8. Masih banyak masa.

Rania mengerling adiknya dari jauh. Bukan tidak perasan akan keadaan Rycca. Orait tak orait?

" Hem..akak. Semua dah siap kan? Tinggal bawak je nanti, kan?"   soal Rycca. Dia mencuci tangan disinki.

Rania mengangguk. "Haah. Kenapa?"

" Ryc nak balik. Ngantuk ah. Tadi penat layan orang gila"

" Eh? Siapa?"

Rycca tergelak. Ada dua orang gila datang tadi. Sorang lelaki sorang perempuan. Tapi yang lelaki tu okey sikit.

Beg sandang dicapai dan digalas. Tangan Rania diambil lalu dikucup lembut.

" Gurau je. Ryc memang nak balik"

Rania menggeleng perlahan. Ada ada jelah Rycca ni. Orang gila mana pulak yang dia petik tu.

" Hem, baliklah. Hati hati"









****










Ryan ternganga memandang dua figura yang berdiri megah dihadapannya kini. Ryan mendekati mereka.

Buk!

" Hoi sakit!"  jerit salah seorang dari mereka apabila mendapat 'hadiah' daripada Ryan. Pipi dipegang.

Manakala Ryan bersorak.  "Aku tak mimpi! Weyhh memang korang Eiman and Eric!!"

" Ya, kitaorang! Tak payah nak tumbuk tumbuk boleh tak?"  ujar Eiman geram. Eric disebelah mengekek ketawa. Nasib abangnya yang mendapat, bukan dia.

Eiman dan Eric. Pasangan kembar tak seiras. Tapi, otak dan perangai seiras. Gelar diri sendiri Hobbs and Shaw sebab diaorang bawak kereta, kalau boleh nak mati haritu jugak. Perasan kan? Hobbs and Shaw konon. Nasib tak botak.

Dua tahun lepas, si kembar ni kena tangkap dan ditahan dalam lokap akibat terlibat dengan lumba haram dan lain lain. Memang diaorang ni ada kaitan dengan THE JARC, tapi diaorang lebih suka buat kerja sendiri.

Lepas tu, diaorang dah bebas. Yang Ryan tahu, Eiman dan Eric menetap di Auckland sekarang ni. Jadi, bila mereka pulang Malaysia secara tiba tiba, mana taknya Ryan terkejut.

" Woah..apa cerita tiba tiba datang ni?"  Ryan berjabat tangan dengan mereka.

" Saja. Nak habiskan duit. Jadi setan kejap"  berdekah dekah Eiman ketawa seusai dia berkata kata. Memang setan betul!

" Baliklah. Nak melawat. Kitaorang duduk sini lama sikit. Lagipun malam ni hari penting kau kan?"  ujar Eric. Eric ni lagi rasional sikit dari abang dia yang senget tu. Bila maksudkan rasional sikit tu..memang sikit. Selebihnya sama aja mintak kaki.

Ryan hanya tersenyum dan mengangguk. Suka apabila ada kawan kawan yang memahami.

Eiman dan Eric turut terkejut besar apabila mengetahui tentang hal Carl. Itu juga salah satu sebab mereka pulang Malaysia.

" Leo macam mana? Weyh nanti bawak aku jumpa dia weyhh. Dia tak tau kan kitaorang balik ni?"  soal Eiman. Wajahnya bersinar teruja.

Jumbo mengekek.  "Dia memang tak tahu apa apa. Nanti aku call dia suruh datang sini. Bawak Tasha sekali ke"

My SoulWhere stories live. Discover now