Thirteen

1K 49 0
                                    

Rycca menghisap lolipop perisa strawberi yang berada ditangannya. Tadi Ryan yang beli.

Kata Ryan, dia beli lolipop itu untuk Hannah. Lagi Rycca bertambah keliru. Siapa pulak Hannah tu? Boleh tahan ramai kawan perempuan Ryan. Jumpa dua orang sekaligus. Takkan Ryan ni playboy kut.

Ryan memetik jari dihadapan muka Rycca. Risau apabila melihat Rycca hanya diam dan termenung.

" Kau kenapa? Okay tak? Kalau tak okay, kita cancel nak jumpa kawan aku tu."  jelas ada nada prihatin pada kata kata Ryan. Rycca sedikit tersentuh.

" Takpa. Saya okay."

Ryan memerhatikan wajah Rycca lama sebelum mengangguk perlahan.

" Ryan!"

Laju kepala Rycca menoleh kebelakang apabila mendengar satu suara wanita memanggil nama Ryan. Pandangan Rycca terpaku sejenak apabila melihat ada seorang lelaki dan kanak kanak perempuan bersama. Di sebelah lelaki itu, seorang wanita anggun turut jalan sama.

Ryan berjabat tangan dengan Airiel dan meraih Hannah dalam dukungan. Lolipop yang dibelinya tadi dihulur.

" Uncle beli lolipop untuk Hannah! Nah."   Ryan sengih. Pipi gebu Hannah dicium geram.

Hannah hanya menepuk nepuk tangan tanda suka. Mulutnya terbuka tanda dia sedang ketawa.

Okay, sekejap. Sel sel otak Rycca mula berfungsi. Sambung satu persatu, dan..ting!

Jadi, lelaki itu mesti suami Natasha ni kan?

Apabila Rycca mahu bersalaman dengan Natasha, dia terpaku.

Ya Allah! Cantiknya!

Mata biru Natasha sangat cantik. Wajahnya mix. Tapi tingginya rendah comel comel aja. Paras telinga Rycca mungkin.

Penampilan mereka juga lebih kurang aja. Slack dan baju lengan panjang. Sopan dan selesa.

" Hai..kau Rycca?"   Natasha tersenyum manis. Rycca hanya teragak agak mengangguk dan menyambut salam Natasha.

" I'm Natasha. Ni Airiel, my-"

" Beloved husband"   potong Airiel sambil tersengih. Natasha menggulingkan matanya.

Ryan ketawa kecil. " Ni Hannah"  kata Ryan. Rycca tersenyum apabila melihat Hannah. Matanya cantik juga!

" So..sayang, abang dengan Ryan pergi dengan Hannah ye? Sayang jalan lah dengan Rycca"  kata Airiel. Natasha mengangguk.

Hujung lengan baju Ryan ditarik Rycca perlahan. Langkah Ryan terhenti apabila melihat raut wajah Rycca yang risau.

" Awak..nak pergi mana.."  suara Rycca perlahan aja.

Lengan Rycca digenggam kejap. Ryan memberikan senyuman pada Rycca.

" Jangan risau. Trust me. Dia baik. Aku dah lama kenal dia."  jelas Ryan lembut. Tapi Rycca still tak lepaskan genggaman.

" Kalau ada orang jahat, Natasha ada. "  pujuk Ryan lagi.

Rycca dengan berat hati melepaskan Ryan pergi.

" Awak jangan keluar dari shopping kompleks ni tau."

Ryan tergelak. Comel pulak apabila melihat Rycca berkelakuan seperti anak kecil. Comel!









****









Lega hati Rycca apabila mengetahui yang Natasha ni jenis yang masuk air jugak. Fun. Dia sangat baik. Katanya,

" Aku serius bila benda serius. Kalau setakat santai macam ni, dengan Ryan pun aku boleh layan."

Banyak yang Rycca dan Natasha bualkan. Cerita cerita Natasha tentang anaknya, Hannah membuatkan Rycca teringin sangat mahu bermain dengan anak gadis itu.

My SoulTahanan ng mga kuwento. Tumuklas ngayon