Fifty four

1K 59 0
                                    

" Lama ke Rycca tidur?"

Ryan senyum. Wajah Rycca yang sembab ditenung dengan penuh rasa kasih.

" Kira lama jugak lah. Sampai hospital tengah malam tadi, ni pun dah nak masuk petang"  jelas Ryan.

" Abang? Abang kan cedera"

" Abang sedar pagi tadi"

" Kenapa tak rehat?"

" Rehatlah ni. Abang tak pergi mana pun"

Tanpa izin atau persetujuan, t-shirt Ryan diselak laju oleh Rycca.

Terpampang perut Ryan yang ditikam berbalut kemas. Terkejut Ryan dibuatnya. Cepat cepat baju itu ditutup semula.

" You're hurt"

Ryan senyum. Tangan Rycca dielus menggunakan ibu jari.

" No..i'm okay. Serius"

Cebikan perlahan diberikan. Ryan hanya senyum melihat gelagat Rycca.

" Akan ada parut lagi dekat badan abang.."

Kata kata Rycca itu membuatkan Ryan terdiam. Tak apa kalau badannya berparut banyak sekalipun.

Tapi Rycca. Parut akan ada pada perutnya. Di bahu, parut itu akan menjadi parut kekal.

Melihat parut parut itu membuatkan Ryan rasa gagal. Gagal melindungi wanita itu.

" Rycca rasa macam tak percaya dengan semua ni.."

" It's okay. Abang tahu. Abang pun susah nak percaya. Siapa jangka kan? Kita sama sama harungi"

" Herm"

Sudahnya, Ryan hanya senyum dan mengucup bibir Rycca sekilas.

Sweet as always.









****









Lengan Rycca dipaut erat oleh Ryan. Perlahan lahan mereka berjalan melalui koridor hospital itu.

Segala hal pengebumian tentang anak mereka berjalan dengan lancar semuanya.

Rycca bersyukur semuanya berjalan dengan lancar. Dia juga sempat melihat wajah anakandanya itu. Rasa gembira dan sedih bercampur.

" Nah..sayang rehat dulu. Abang ada dekat luar, cakap sikit dengan Eiman"

Rycca hanya angguk. Selendang yang menutupi kepala ditanggalkan dan diletakkan disisi katil. Ryan senyum dan berlalu keluar.

" Rycca.."

Wanita itu angkat wajah. Sebaik sahaja melihat wajah Rania dan Kay, terus mata terasa mahu mengalirkan air mata.

Mata dipejamkan saat Kay memeluk Rycca erat.

" Kau kuat. Hurm?"

" Hm.."

Rycca menghulurkan tangan dan memegang tangan kakaknya. Rania tersenyum dan membalas genggaman itu.

Tengah malam tu, misi dia dengan Haziq berjalan dengan lancar aja. Tak ada terjumpa sesiapa pun didalam rumah itu. Bila sudah dapat apa yang dicari, mereka dikejutkan dengan berita tentang Rycca pula.

Ini semua ujian. Bukan rezeki kita. Mana tahu yang lebih baik akan datang kemudian?

Hidung dikesat dan pipi ditepuk tepuk. Rycca senyum lebar. Pandangan dihalakan kearah pintu wad.

" Hadif mana?"

" Ada dengan abang Haziq. Tertidur dah budak tu"

" Ryc minta maaf susah kan akak. Kay, aku minta maaf. Jauh jauh kau terbang sampai sini. Menyusahkan aja"

My SoulWhere stories live. Discover now