Twelve

1.1K 56 0
                                    

Raut wajahnya yang lembut itu tidak ada senyuman langsung. Wajahnya murung dan tidak puas hati. Kepala dilentokkan dan dilapik dengan tangan diatas meja.

Mulutnya mula menggumam perlahan.

" Sepatutnya..dia jadi gila. Dia patut stress. Tapi.."

Serentak itu, wajah Ryan berlayar difikirannya. Lelaki itu..dia sendiri tak tahu siapakah Ryan itu. Sejak nampak dia bersama Rycca, rancangannya seakan akan tidak memberi kesan langsung!

Kerana Ryan bijak mengawal emosi Rycca! Ryan pasti mahu yang terbaik untuk wanita itu!

Serta merta wajahnya yang tadinya lembut menjadi bengis. Dia menyeringai. Badan ditegakkan.

" Dia kena mati. Dia kena jauh"











****











Kepala ditampung dengan tangan. Rambutnya yang lembut dan beralun terjuntai pada dahi.

" Haduih..banyaknya kerja.."

Satu persatu kertas kerja dihadapannya diselak. Pelbagai laporan dari pelbagai bahagian dia dapat.

Mulutnya tidak henti henti mencicih. Hai, Ryan? Bila nak siap kalau merungut aje?

Matanya mengerling laptop yang terbuka dari tadi. Signal pencariannya masih tidak menunjukkan hasil.

" Duduk dalam gua ke apa susah nak jejak" bebel Ryan lagi.

Ya! Dua kerja dalam satu masa! Awalnya, Jumbo memberi kebenaran kepada Ryan untuk berhenti SEMENTARA daripada menjadi hacker dan tumpukan perhatian kepada The Chandelier dahulu.

Sebab hotel tu pun banyak benda nak kena uruskan.

Tapi Ryan tak setuju. Dia suka akan kerja itu dan sendiri membuat keputusan untuk membuat kedua duanya sekaligus.

Laju jari Ryan menaip untuk menghantar maklumat kepada Jumbo. Beberapa minit kemudian, kedengaran pintu office nya diketuk.

" Bos? Dah tandatangan surat tu?" soal Alicia, setiausaha Ryan yang dahulunya menjadi setiausaha Carl.

Ryan menung seketika. Surat? Yang mana? Yang dengan anak Dato' tu ke? Ke ni untuk perjanjian yang Tuan-

Terus tangan dibawa ke dahi.

" Alamak! Aku tak baca lagi! Wait a minute Alicia!"

Alicia hanya menggeleng dan tersenyum apabila memerhatikan Ryan kelam kabut.

" It's okay bos. Take your time"

Ryan hanya mengangguk dan Alicia melangkah keluar dari bilik itu.

Satu keluhan berat dilepaskan.









****










Senang hati Rycca dibuatnya apabila kesemua assignment dia siap. Segala nya semudah 1, 2 dan 3!

Tak payah menyusahkan Rania untuk meminjamkan laptop nya.

Rania hanya menggelengkan kepala apabila melihat Rycca menaip dengan gembiranya. Tekan keyboard pun, halah halah. Kalau boleh lembut lembut macam perempuan terbaik. Tak nak rosak katakan..duhh.

Rania turut terkejut besar apabila mengetahui Ryan yang memberikan alat itu kepada Rycca.

Tapi apabila melihat Rycca gembira, dia bersyukur dan turut tumpang gembira.

" Okay dah siap! Yes, boleh baca buku!"

Persis budak kecil kelakuan Rycca. Dia hanya tersengih apabila Rania membulatkan mata kearahnya.

My SoulWhere stories live. Discover now