Fourteen

1K 54 0
                                    

" Kenapa Leo call?"

Eiman mengangkat bahu. "Dia suruh kita datang sana. Dia dah share location. Jom lah." ujarnya santai.

Kunci kereta dicapai Eric dan Eiman. Jumbo dan Amran dihubungi.

" Hello? Ha. Alang alang korang ada area situ pergi datang dulu. Aku dengan Eric on the way."








****








Rycca mengaduh kesakitan apabila badannya ditarik secara kasar dari belakang. Telefon tercampak dan talian terputus.

Badan dironta sekuat tenaga. Kini, tempat awam itu sudah menjadi gelanggang perlawanan!

Natasha diserang beramai ramai. Walaupun dalam keadaan sebegini, Rycca sangat kagum dengan kebolehan Natasha.

Lengan lelaki itu digigit kuat kuat sehingga meninggalkan bekas yang dalam.

" Arghh!!"

Rycca melepaskan diri dan berlari kearah Natasha. Tapi tak sempat. Kakinya disadung dan terjatuh. Dia mengaduh lagi.

" Rycca!"  jerit Natasha. Dia mendengus. Tidak betah melihat Rycca asyik dilukai. Dia melompat dan kaki mula laju menendang. Tangan pula tidak berhenti mencari sasaran.

Apabila melihat Rycca didukung, mata Natasha terbeliak. Leka, wajahnya ditumbuk dari sisi. Dia rebah seketika. Mata dipejam rapat.

Rycca meronta ronta. Tangan cuba mencapai apa apa item yang membantu. Tangannya menyentuh batang penyapu yang tergantung di rak.

Pang!

Kepala lelaki itu dipukul kuat. Rycca terkedu. Penyapu itu terlepas dari tangan.

" Rycca, just do it!"  Natasha menjerit keras. Dia bangun dan mengeluarkan pisau kecil dari beg nya.

Bau darah mula meluas. Suara erangan kuat didengari.

Terketar ketar tangan Rycca mencapai penyapu itu semula. Apabila lelaki itu bangkit, wajah Rycca bertukar pucat.

Tepat pada masa, Natasha hadir dan menarik tangan Rycca supaya berlari. Habis semua orang dilanggar mereka.

Setiba di kaunter pembayaran, palang hanya dilangkau sebegitu sahaja. Bunyi pistol mula kedengaran.

Bang!

" Auch!"









****









" Bawak Hannah pergi rumah mama. Stay there."  arah Airiel kepada Jumbo dan Amran. Apabila kereta itu meluncur laju, pantas Airiel berlari menaiki eskalator.

Hannah sudah dipastikan selamat, sekarang isterinya pula!








****









" Rycca?"   larian mereka terberhenti. Rycca jatuh duduk. Pahanya dipegang. Kesan darah membuak buak mula kelihatan.

Lelaki lelaki itu semakin dekat. Salah seorang daripada lelaki itu bergerak kearah Rycca dan mengeluarkan pisau.

Badan Natasha ditolak keras begitu sahaja. Kemudian dia diserang beramai ramai. Tiada pilihan, terpaksa melawan. Kalau tak lawan, dia tak dapat pergi ke arah Rycca.

" You're gonna die. "

Pisau diangkat dan..

" Arh"

Wajah Rycca bertukar pucat. Mulutnya tergerak gerak. Tangan diangkat. Darah mula menitik di bahu Rycca.

My SoulWhere stories live. Discover now