Twenty one

1K 52 0
                                    

Agak jauh juga bila nak kembali ke kereta yang berada di restoran tadi. Kadang kadang Ryan berhenti sekejap kerana badannya sakit sakit. Apabila Rycca mencadangkan untuk duduk rehat sebentar, Ryan menolak.

Sebaik sahaja mereka tiba di kereta, serentak empat orang lelaki berlari lari anak menuju ke arah Ryan dan Rycca.

Rycca hanya diam apabila melihat mereka, manakala Ryan pula sudah menghadiahkan satu jelingan maut yang membuatkan empat orang tu terdiam terus.

Pintu kereta penumpang dibuka dan Ryan menolak badan Rycca lembut untuk masuk.

" Pakai seatbelt, Rycca"

" Hm, awak okay nak drive? Ke nak saya drive?"

Ryan diam. Hanya berbalas pandangan dengan Rycca.

Wanita itu keluar dari tempat penumpang dan menolak Ryan pula kedalam.

" Saya drive. Awak boleh tidur kalau nak."

Akhirnya Ryan akur. Dia mengangguk lemah sebelum Rycca menutup pintu. Apabila berpaling, Rycca disoal.

" Apa jadi Rycca?"

" Kenapa saya call awak tak angkat, Jumbo?"

Soalan dibalas dengan soalan ya. Bukan jawapan. Harap maklum.

Jumbo menggaru kepala. Jelas riak bersalah pada wajahnya. Dikerling cermin pintu namun tak nampak wajah Ryan. Tinted.

" Ada orang serang lagi. Saya tak tahu siapa. Ryan marah..sebab korang tak angkat call.."

Eiman mencelah. " Tapi-"

" Rycca, get in the car."

Cermin sudah diturunkan. Kelihatan wajah Ryan yang memandang kosong kearah rakan empat orangnya itu. Jumbo, Amar, Eiman dan Eric.

Rycca mahu kata 'sekejap', tetapi Ryan lebih tahu dan pantas mencelah.

" Masuk."

" Hm."

Rycca masuk dan enjin dihidupkan. Kali pertama bawak Ferrari, sedikit gementar. Namun cuba bertenang.

Perlahan lahan kereta itu bergerak meninggalkan kawasan restoran itu.

Eiman mencuit Jumbo. "Dah lama tak tengok Ryan marah macam tu kan?"

Semua mencebik mendengar kata kata Eiman. Ingat suka ke tengok Ryan marah. Kena sekali baru tahu.









****









" Er..Ryan? Awak..serius ke pasal benda tu? "  soal Rycca setelah kereta diberhentikan didepan rumah nya.

" Kau ingat aku main main ke pasal benda ni? Aku serius Rycca. Cuma,"

Jeda.

"Bagi aku masa sebulan."

Walaupun hati Rycca meronta tak setuju, mulut tetap gatal bertanya.

" Kenapa sebulan?"

Ryan tersenyum. "Nanti kau tahu"

" Tapi Ryan, saya.."  tak setuju. Hanya dapat dihabiskan didalam hati. Wajah Rycca menjadi keruh.

" Rycca?"

Wajah Ryan dipandang. Bibir bawah digigit kuat. Biar sakit pun.

" Uh..nothing. Saya..keluar dulu. Awak hati hati."

Ryan termanggu sendirian. Dapat rasakan yang ada benda tak kena pada Rycca. Sesuatu yang menganggu diri wanita itu selama ni kah?










My SoulWhere stories live. Discover now