Fourty eight

989 46 0
                                    

Bising hospital itu apabila derapan kaki ketiga tiga lelaki itu bergema kuat.

Alicia mengeluh melihat keadaan Ryan. Serabai. Nampak sangat bergaduh tadi.

" Apa jadi? Rycca pregnant?"

Sungguh Ryan terkejut. Tidak pernah menyangka Rycca akan mengandung. Dia meraup wajah dan duduk.

Patutlah sebelum ni Rycca kerap pening kepala. Kuat makan. Kuat tidur. Kuat merajuk. Hampir hampir nak demam pun ada.

Tapi bila suruh pergi klinik tak nak. Haish!

Ryan menunduk. Tangan digenggam sekuat hati. Mata dipejam.

Ini berita gembira. Sangat gembira. Rasa nak menangis dan menjerit. Tapi..tolong.

' Aku baru je dapat berita gembira ini, tolong jangan tarik Ya Allah. Jaga isteri aku..jaga anak aku..'

Bahunya disentuh Eiman. Dia mengangkat wajah. Wajah Eiman kelihatan kabur kabur sahaja pada pandangan matanya.

" Jangan menangis lah. Dia okay dalam tu"

Ryan mengelip ngelip kan mata menahan air mata daripada keluar. Dia tergelak perlahan.

Insya Allah, Rycca selamat.

Baru teringat sesuatu. Alicia dipandang.

" Kau okay? Kau Medina?"

Mereka berdua mengangguk tanda okay. Tapi Ryan tak tahu betapa gelabahnya mereka bila membawa Rycca ke hospital. Mujur ada Eiman. Kalau tak, tak tahu apa yang akan terjadi.

Itupun Medina gelabah sebab bimbangkan keadaan tangan kiri Eiman.

" Thanks Alicia. Eiman. Kau jugak Medina. Semua, terima kasih semua"

Ucapan Ryan dibalas dengan senyuman daripada mereka. Perkara sebegini, tidak menjadi hal sekiranya mereka memang betul betul ikhlas.

Kreekkk...

Belum sempat doktor membuka mulut, Ryan berdiri dan mencelah. Wajahnya terpapar raut kerisauan.

" Saya. Saya suami dia"

Doktor itu senyum. Lucu.

" Puan Rycca baik baik sahaja. Kandungan juga selamat. Kandungan tu masih baru kan? Kurang kan kerja kerja berat. Nanti datang ke bilik saya, saya akan terangkan lebih lanjut "

Ryan melepaskan nafas lega. Dia meraup wajah.

" Terima kasih doktor"

" Sama sama. Tah..."  terhenti ucapan doktor itu apabila Ryan terus memasuki wad itu.

Eiman dan Eric tersengih.

" Tah...niah doktor" mereka menyambung dan mengusik. Jumbo, Alicia dan Medina menggulingkan mata.

Doktor pun nak diusik!

Silly twins!









****










" Abang, serius? Rycca pregnant?"

Soalan terus dilemparkan sebaik sahaja Ryan menjejakkan kaki kedalam wad itu. Dia tersenyum. Wajah Rycca yang bersinar ceria itu dipandang.

" Iya..tu, dalam perut tu, anak kita"

Rycca tersenyum lebar. Tubir matanya bergenang. Dia menggenggam tangan Ryan erat.

Perempuan. Marah menangis. Happy menangis. Semua menangis. Kan? Ke tak?

" Abang risau sangat tadi..syukur sangat sayang tak apa apa tadi. Abang akan marah diri abang kalau-"

My SoulWhere stories live. Discover now