Thirty five

1K 50 0
                                    

Seusai sahaja kelas tamat, laju Rycca mengemas barang barangnya yang bersepah. Herm, kalau buat kerja tak berselerak tak sah.

Ucapan 'bye bye' diberikan apabila kawan sekelasnya menegur ramah.

Apabila kaki Rycca sudah terpacak di tempat menunggu seperti biasa, kelibat Ryan masih lagi tidak kelihatan. Rycca mencemik.

" Apalah. Kalau nak buat aku tertunggu, baik aku balik sendiri"

Punggung dilabuhkan dikerusi berdekatan. Pipi digaru garu. Panas woi!

Tiba-tiba, terasa seperti ada objek yang menghalang cahaya matahari daripada terus kepadanya. Rycca mendongak.

Ups..hehe..

" Late"  ujar Rycca ringkas. Beg sandang disandang dan dia berdiri tegak.

Ryan sengih. " Late? Dari tadi aku dah sampai, siap boleh dengar orang tu mengata lagi. Alhamdulillah..pahala banyak aku"

Rycca tergelak. Mamat ni dah dengar lah pulak..kantoi aiseh!

" Jom, aku lapar lah"

Terkedek kedek Rycca mengikuti langkah Ryan supaya menyamai.

" Awak ni, memang main keluar aje dari kerja kan? Kerja lagi penting, nanti lepas makan, hantar saya balik rumah. Awak pergi kerja balik "

Gelengan diberikan. Ryan sengih.

" Nope. Lepas makan, kita pergi fitting baju"

Geez this man..











****













Tengah tengah Rycca khusyuk memerhati Ryan memilih baju, satu persoalan melintas dikepala nya.

" Kak Jasmin pergi mana eh? Dia dah pindah ke?"

Ryan terdiam. Dilihatnya wajah Rycca yang keliru. Dia senyum tipis.

" Kenapa? Rindu dah?"

" Bukanlah, saya pelik. Haritu-"

" Rycca, baju ni! Try, baju kurung macam ni okay kan?"   Ryan memotong laju. Memancing perhatian wanita itu.

Rycca mendekati Ryan. Baju kurung itu diambil dan ditilik. Simple but nice.

" Okay, saya try "

Saat Rycca memasuki fitting room, Ryan melepaskan keluhan lega. Dahlah. Kalau betul Jasmin menghilangkan diri, itu perkara yang baik juga.

Tak adalah dia menyerang Rycca tanpa sebab yang mereka sendiri tak tahu.

Cakap pasal Jasmin ni..hurm..

Lepasni kena jumpa Amar. Ryan yakin dengan apa yang dia fikir.










****










" Dissociative Identity Disorder. Yep. Apa yang kau fikirkan tu betul. Jasmin ada split identity"  jelas Amar ringkas.

Ryan dan Jumbo mengangguk faham. Manakala Amran hanya mendiamkan diri di tepi.

" Okay, Jay, lelaki haritu, salah satu daripada identiti berpecah Jasmin ni. Min yang kau nampak haritu, sama jugak. Mungkin dalam umur budak tadika"   kata Amar lagi. Sambil sambil tu tangannya ligat menyelak kertas yang terpampang dengan maklumat Jasmin.

Ryan garu kepala.  " Dua tu aje? Yang lagi seorang perempuan tu? Yang pakaian dia seksi"

Kening Amar bertaut.  " Oh, kau pernah nampak yang tu?"

My SoulWhere stories live. Discover now