Eight

1.2K 50 2
                                    

Flashback

Jam 6:45 petang
Kejadian, sebelum majlis.
Kediaman Kay.

Lewat dari masa yang ditetapkan kerana Eiman dan Eric buat hal.

Kay mendengus kuat dihadapan televisyen. Rambut diusap kasar. Geram!

" Siapa pulak mamat tu? Tak pernah nampak. Rycca pun dah berani melawan sekarang"  ujar Kay tidak puas hati.

Remote tv diambil dan punatnya ditekan tekan kasar. Tiada siaran yang menarik. Sengaja Kay membuka televisyen kerana sunyi sangat.

Mak dan ayah Kay merupakan usahawan berjaya dan disebabkan itu mereka selalu sibuk. Sebab tu Kay jadi macam ni kut. Apa orang kata?

Tak cukup kasih sayang.

Itulah. Kawan ada dibuat musuh. Kan dah padan dengan muka.

" Ei bencilah!" 

Remote dicampak ke tepi dan kaki melangkah menaiki tangga. Sebaik sahaja dia menghempas pintu, kedengaran bunyi riuh suara orang diluar tingkap.

" Huh? Siapa tu?"







****









" Ryan! Panas lah atas bumbung ni! Takde tempat lain ke?"

Ryan menjeling Eiman.  " Diam. Sebab korang, kita lambat"

Eiman dan Eric bersiul tidak bersalah. Ryan mengerling Jumbo dan Amran yang berada dipintu masuk. Isyarat diberikan.

Airiel dan Natasha tak ikut. Memang mereka dengar rancangan Ryan, tapi tak join. Cukuplah sekadar pesanan ringan. Nak pesan berat berat masih sukar lagi.

Eric mencucuk cucuk bahu Ryan. Ryan mengangkat kening. Apa?

" Kita kill orang tak harini?"  soalannya berbaur teruja amat. Mata sudah galak bersinar

" Tak. Kita gertak je. Kau nak kill pergi masuk lumba. Bunuh orang kat situ"   jawapan selamba Ryan membuatkan Eric mengeluh masam.

Ting tong ting tong ting tong!

Loceng ditekan bertubi tubi. Dalam pada masa yang sama, Eiman dan Eric mula menjalankan bahagian mereka.

Tok tok!
Tak tak!

Tingkap bilik Kay diketuk keras menggunakan kayu dan besi.

Kay sudah keliru. Loceng? Tingkap? Wajahnya sudah seriau.

Ting tong ting tong!

Tok tok! Tak tak!

" Siapa tu?! Jangan main main eh!"  Kay menempik kasar. Ryan senyum sinis. Oh..

Prang!

Tingkap bilik Kay dipecahkan oleh Ryan. Terkejut Kay dibuatnya apabila 3 orang lelaki berpakaian serba hitam dan wajah ditutupi mask mendekati.

" Hey! Siapa korang! Get out!!"

" Hai!"  Eiman dan Eric menyapa serentak. Mata sepet tanda mereka senyum disebalik topeng.

Ryan melalukan hulu kayunya pada dua ekor tu. Mereka mengaduh. Tau sakit! Bodoh tu bawak bawak lah simpan! Takkan semua nak keluarkan hari ni kut!

Selamba Ryan duduk dikerusi belajar Kay. Matanya menikam mata Kay tajam. Kayu dihalakan tepat pada wajah Kay. Kay telan liur.

" Kenal Rycca Atma?"

Soalan tu membuatkan Kay terkedu. Apa kaitan Rycca dengan hal ni?

" T..tak" 

My SoulWhere stories live. Discover now