Fifty nine

1K 51 2
                                    

Ajaib. Keajaiban.

Keadaan Rycca baik baik sahaja. Walaupun seperti tidak masuk akal kerana berlari ketika berpantang, tetapi syukur alhamdulillah.

Dia sihat. Tiada kecederaan serius kecuali luka dilutut dan terseliuh.

Rania turut terkejut apabila doktor memberitahunya bahawa Rycca baik baik sahaja.

Mereka menganggap ini anugerah. Syukur kepada Allah.

Rycca dibiarkan selama beberapa hari di hospital supaya doktor dapat memantau aktiviti wanita itu.

Ryan turut ditempatkan di hospital yang sama. Kecederaan Ryan amat parah. Tiada sesiapa yang dibenarkan melawat lelaki itu lagi.

Selepas beberapa hari, Rania bawa Rycca pulang dan tidak membenarkan Rycca keluar.

Untuk kebaikannya juga.

Kay pula terpaksa pulang semula ke Melbourne gara gara risaukan keadaan ayahnya. Dia sempat berpesan pelbagai perkara kepada Rycca.

Harap Rycca ikut segala pesanannya.

Sejak peristiwa hari itu, Jasmin ditahan di hospital dan dikawal ketat oleh pegawai polis. Jasmin akan menerima rawatan yang berbaloi.

Sebelum ini, Jasmin hanya memakan ubat yang dibeli sendiri secara rawak atau yang dibeli oleh Brian atau Duke.

Tetapi kedua dua lelaki itu sudah dibunuh oleh Jay. Tiada siapa yang membantu selepas itu. Diri Jasmin menjadi semakin teruk.

Soleh menjumpai jasad Brian dan Duke tanpa kepala. Kepala mereka dijumpai di banglo Ryan ketika proses renovation dijalankan.

Rycca pula bagai mayat hidup. Sentiasa memikirkan tentang Ryan. Pembelajarannya pula terpaksa diberhentikan buat seketika.

Berita tentang Ryan pula setakat ini tidak mempunyai apa apa perkembangan.

Apa yang akan terjadi?











****









Seusai keluar dari bilik air dengan bantuan Rania, terus Rycca dibawa untuk duduk di atas katil dan dipakaikan stokin.

" Kak..memang kena duduk diam je ke.."  Rycca merungut. Dis menggaru kepala.

Rania tergelak.  " Semua ibu mengandung alami benda ni Rycca"

Rycca hanya angguk. Dia melihat tempat kosong di sebelahnya.

Tempat tidur Ryan. Ryan yang selalu menidurkannya dahulu sebelum dia yang tidur. Yang selalu menjaganya ketika dia bermimpi buruk.

Sungguh. Rindu.

" Takde berita pasal Ryan ke? Ryc nak jumpa dia.."  perlahan Rycca berkata. Hujung baju dicengkam.

Rania senyum kelat. Dia duduk diatas katil dan mengusap kepala Rycca.

" Doa Rycca"

Rania senyum dan keluar dari bilik itu meninggalkan Rycca supaya berehat.

Wanita itu mengeluh. Tangan mencapai telefon pintar disisi dan memeriksa ruang sembang bersama Eiman.

Tiada apa apa.

Selalunya, Eiman yang akan memberitahu tentang keadaan Ryan. Tapi harini belum ada kata apa apa lagi.

Kemudian Rycca menggeleng kepala. Rasa bengap sekejap. Menyusahkan orang aje. Haih.

Cheer up Rycca!

Bunyi deringan telefon mengejutkan Rycca. Laju dia menjawab.

" Assalamualaikum, Rycca.."

My SoulOù les histoires vivent. Découvrez maintenant