Twenty eight

959 48 0
                                    

Badan Rycca tergolek golek didalam kereta. Lengannya dipegang kuat oleh Amran supaya tidak jatuh kehadapan.

Sejujurnya, nak aja Rycca membiarkan badannya tergolek golek. Sungguh rasa lembik. Darah pula seakan akan tidak mahu berhenti walaupun Amran sudah mengikat lukanya dengan kain.

" Tahan Rycca. Aku cuba bawak selaju yang boleh." kata Eiman.

Saat ini, Amran tak boleh marah apabila kereta ini terlalu laju. Mereka memang perlu cepat.

Nafas Rycca makin tidak teratur. Sesekali dia mencengkam bajunya. Pedih!

Beberapa saat kemudian, si kembar tersedarkan sesuatu. Break dan pedal minyak ditenung serentak.

Eric memegang lengan Eiman. Wajahnya berubah. Apabila melihat wajah Eiman yang berubah, dia sedar. Mereka fikirkan hal yang sama.

" Am..Ryan? Dia memang..n..nak jauh dari saya ke?" lirih Rycca menyoal. Wajahnya berkerut menahan sakit.

" Aku call dia Rycca. Kejap." telefon dikeluarkan dan laju tangan mendail nombor Ryan.

Dang!

Mereka tersentak. Laju kepala Eric dan Amran berpaling. Mereka teguk liur.

Eiman baru sahaja melanggar palang tol itu! Kini palang itu sudah terjuntai jatuh!

Rycca pula sudah membuntang matanya. Kenapa palang itu dilanggar?!

" Abang! Watch out!" kuat Eric menjerit apabila sebuah treler panjang dan lebar ada dihadapan mereka.

Skreeettt!

Laju Eiman membelok dan memintas treler itu. Wajahnya pucat.

Lampu isyarat dilanggar semua. Kereta semua dipintas.

" Hell, Eiman! Apa jadi?!" Amran melihat sekeliling mereka. Semakin laju menghilang pemandangan ditepi.

" Someone rosakkan brek kereta ni! Aku tak boleh brek!"

Skreetttt!
Boom!
Dang!

Palang pembahagi jalan dilanggar. Hancur.

Amran menahan Rycca daripada terjatuh. Tangan kembali mendail nombor Ryan.

" Help us you dimwit! Your girl is in danger, we are in danger, fuck!"











****











Laju Ryan mencapai kunci kereta baharunya, dan kaki laju melangkah keluar dari rumah itu.

Padanlah jantungnya tidak reti duduk diam dari tadi! Tepat sangkaannya! Rycca dalam bahaya. Atau lebih tepat, kawan kawannya dan orang yang dia cintai dalam bahaya!

Panggilan Soleh tidak dihiraukan. Tidak payah menunggu enjin panas, terus Ryan memecut laju.

Soleh terkedu. Ini kali pertama dia melihat Ryan sebegini. Pasti ada hal penting. Dia hanya mampu doa yang baik baik untuk Ryan.

Minyak ditekan sehabis yang boleh. Wajah wajah rakan rakannya mula berlayar difikiran.

Seketika kemudian, air matanya tumpah apabila wajah Rycca Atma bertandang.

Tolong..dia taknak hilang sesiapa lagi..









****









Jumbo meninggalkan Jay yang melepaskan tawa berseorangan di disitu. Psiko! Gila!

Apabila dia tiba di tempat meletakkan kereta, Jumbo jatuh terduduk. Dia terlambat. Eiman sudah gerak dahulu.

My SoulWhere stories live. Discover now