Two

1.4K 65 4
                                    

" Awak..j..jangan dekat!"

Terngiang ngiang ayat itu dikepala Ryan. Takut sangat ke perempuan tu sampai tergagap gagap?

Ah..yang kau kesah sangat kenapa! Memang dia patut takut pun! Ryan mendesis. Tangannya kembali menaip. Banyak kerja dia kena buat. Pasal hotel lagi.

Kemudian dia terhenti. Fikirannya mula bergerak lagi.

' Tapi..pakaian dia gelap gelap. Cara pemilihan baju pun tak macam girly sangat. Dia macam Natasha ke apa? Tapi dia takut dengan aku?'

Lah. Apa kaitan dengan pemakaian. Bodoh betul.

Jari dibawa kebawah dagu. Keningnya bertaut. Beberapa saat kemudian,

" Argh! Tak payah fikir lah! Mana tau dia tu buta warna ke, ataupun teringin nak jadi gorilla. Hitam semua"  amboi! Amboi amboi awak!

Kepala Ryan rasa terhenyek.

" Eh aku pun serba hitam jugak...taknak aku gorilla. Aku handsome"

Masuk bakul angkat sendiri!









****










" Jangan! Ayah sakit ayah!!"

Meraung raung Rycca. Air mata mula lebat membasahi pipi. Celah kangkangnya terasa perit. Rycca sudah tidak tahan. Sekuat tenaga dia memanjangkan kaki dan menendang kepala ayahnya.

Buk!

Rahman mengaduh. Wajahnya merah menahan marah.

Bang bang! Bang bang!

Pintu diketuk dengan kasar dari luar. Rania dan Zika ada diluar.

" Abang bukak! Jangan buat apa apa dekat Rycca abang! Bukak!"   Zika memetir. Sambil itu tangannya ligat menghempuk pintu dengan batang kayu.

" Rycca! Rycca!"   jerit Rania pula. Dia turut ikut menendang pintu sama.

Rahman mendengus geram. Rycca didekati lalu dia memukul Rycca sepuas hatinya. Geram kerana misinya hanya berjalan separuh sahaja.

" Sakit!"

Prak!

Pintu pecah. Pantas Zika menolak Rahman sehingga terjatuh dan Rania mendapatkan Rycca. Dipeluknya Rycca yang teresak esak kesakitan.

" Apa abang buat ni?! Dah hilang akal ke hah?!"

" Kau jangan nak bising! Ikut suka aku lah!"

Rycca menggenggam tangannya. Menahan pelbagai rasa.

Tubuh Zika ditolak keras. Kepala Zika terhantuk dibucu meja.

" Ibu!!!"









****










" Ibu!!!"

Rycca bangun dari baring. Badannya basah dengan peluh. Selimutnya entah kemana. Cadar katilnya sudah tidak betul. Bantal dah bersepah.

Pantas mata memandang pintu bilik. Masih tertutup rapat dan terkunci. Satu keluhan dilepaskan. Wajah diraup. Rambut diikat. Sudah tidak ada mood untuk tidur.

My SoulWhere stories live. Discover now