Fifty

971 50 2
                                    

Rycca merengek perlahan apabila bahunya ditepuk berkali kali. Itu bukan tepukan mendodoi, itu tepukan untuk mengejut.

Ryan tidak mahu membuat Rycca terkejut. Jadi dia mengejutnya perlahan lahan. Perut Rycca turut diusap perlahan.

Entah kenapa. Yakin yang orang diluar itu adalah insan yang baru sahaja dia stalk tadi.

" Abang..kenapaa?"

Ryan senyum. Pipi Rycca dielus lembut dan badan wanita itu didudukkan.

" Sayang, sayang percaya abang?"

Rycca hanya angguk. Matanya kuyu. Apa yang Ryan buat ni? Mengantuk sudah kuat menguasai.

Rycca tidak mendengar kata kata Ryan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri. Bukan apa, sangat mengantuk!

Tanpa sedar, Rycca merebahkan kepalanya diatas dada Ryan. Ryan memejamkan mata.

" Sayang..wake up please"   sedikit keras nada yang digunakan.

" Jasmin datang"  

Terus celik mata Rycca. Automatik pandangannya tertancap pada pintu bilik mereka yang sedia berkunci.

" Kak Jasmin? Kenapa?"

Ryan meletakkan jari telunjuk pada bibir tanda bahawa dia suruh Rycca diam. Hanya mata dikerling ke arah balkoni sliding door bilik mereka. Dengan bantuan lampu luar, dengan senang bayang figura seorang insan yang sudah  berdiri tegak disitu.

Mata Rycca terbeliak. Bulu romanya naik. Suara mahu dikeluarkan untuk menjerit, namun Ryan lebih pantas menarik kepala Rycca ke dalam pelukannya.

Dapat Ryan rasakan jantung Rycca berdetak laju. Nafas Rycca turut begitu. Tapi tangannya pula tidak henti henti mengusap perut.

" Kenapa dengan kak Jasmin? Abang nak buat apa?"

Ryan tarik Rycca supaya turun dari katil. Mujur lah bilik mereka gelap. Hanya ada cahaya daripada laptop Ryan.

Dengan penuh berhati hati, tangan Ryan memulas tombol yang berkunci. Dia tidak lupa mencapai telefon bimbitnya dan kepunyaan isterinya.

GANG!

Mereka berdua tersentak. Pandangan dialihkan ke pintu sliding door.

Masih tertutup rapat. Namun..

Kelihatan seperti dua objek sebesar bola dilemparkan ke arah sliding door. Dan..

Seperti ada cecair yang mengalir di sliding door itu.

Serentak, pada tengah malam itu, hujan mula turun dengan mencurah curahnya membasahi bumi. Bunyi petir dan kilat menyambar.

Rycca tahan tangis. Ryan hanya terpaku dan menarik Rycca kedalam pelukannya. Dahi si isteri dikucup lama.

Tak. Tidak elok untuk Rycca melihat kerana dia sedang mengandung. Jika Rycca tidak mengandung pun, Ryan tetap akan halang wanita itu untuk melihat perkara sebegini.

Gila. Sesiapa pun insan itu..dia sudah gila.









****










Rycca diletakkan didalam sebuah bilik yang berada di tingkat bawah. Sumpah, selama ni Rycca langsung tak perasan kewujudan bilik itu.

Selalu aja dia ke dapur, tapi hari ni baru perasan ada satu bilik kecil di belakang rak kabinet. Macam dalam cerita perisik.

" Abang nak pergi mana? Jangan tinggal Rycca"   sayu Rycca bertutur. Lengan Ryan dicengkam kuat. Matanya berair.

Ryan senyum nipis. Air mata Rycca yang sudah jatuh diseka lembut. Mata itu dikucup.

My SoulWhere stories live. Discover now