Twenty two

1K 51 2
                                    

Sebaik sahaja kaki menjejak kedalam rumah, terus Rycca diterpa Rania yang sudah lama menunggu. Kelihatan Jasmin dibelakang sambil memegang Hadif.   

Air mata Rania mula menitik.  "Akak risau sangat..Rycca pergi mana hm? Akak tengok lesu je ni."

Rycca hanya senyum tipis.

" Keluar dengan Ryan tadi. Sekejap aja sepatutnya, tapi jadi lama sebab jumpa kawan."

" Ryan? Rycca makin rapat dengan dia. Ada apa apa ke?"

Soalan Rania bukan untuk membantah, tetapi hanya untuk bertanya. Lagipun Rycca sudah besar dan ada hak untuk rasa ingin bercinta.

Tapi itu lah. Rycca ni payah. Sebab tu bila Rania tengok Rycca tiba tiba ada ramai kawan lelaki, rasa ingin tahu dia membuak buak jugalah.

Rycca diam. Nak cerita ke taknak? Perlu ke?

" Biasa aje kak. Ryc muda lagilah."

Bahu Rania ditepuk perlahan dan senyuman diberikan. Rycca menuju kearah Jasmin dan menyalam wanita itu.

Hanya gosokan kasar diberikan kepada Hadif. Habis serabut rambut budak tu.

Perut Rycca berbunyi tanda lapar. Baru perasan, tadi dia langsung tak sempat nak menjamah makanan. Bukan tak sempat, nak masuk restoran pun tak lepas.

Rycca tidak pedulikan perut yang berdendang. Rasa penat menghalang segalanya. Dia hanya mahu berehat. Penat.

Mental dan fizikal.











****











Ryan masih acuh tak acuh dengan kawannya empat ekor tu. Bukan apa. Entahlah. Rasa geram.

Dia tengah 'berperang', tapi boleh pulak diaorang berseronok? Memang dah lama hidup betul.

" Er..Ryan. Dah dah lah tu. Ni tengok kitaorang bawak apa ni. Cheescake favourite kau!"

Eric berkata dan menghulurkan kotak kek itu kearah Ryan. Tadi, laju aja Eiman pergi pecut ke bakeri untuk beli cheescake tu.

Ryan hanya menjeling kotak kek itu. Nak? Taknak?

" Alah ambik jelah!"  Amar mencelah. Dia turut berkomplot sama nak beli kek itu. Yelah, selama ni mana pernah Ryan marah plus merajuk macam ni.

Jadi, inilah eksperimen nya! Tak tahu macam mana nak pujuk, bantai jelah cheescake tu sebiji.

Kotak kek itu dirampas dan diletakkan disisi. Mereka bertiga dah sengih sengih.

" Sengih sengih. Lainkali handphone tu bawak selalu. Itu gunanya telefon dicipta!"

" Ya ya fine! Kitaorang minta maaf. Okay?"  Eiman sengih.

Bahu Ryan dicuit.

" Orang yang serang tu, orang yang sama ke?"

Ryan hanya mengeluh dan mengangguk perlahan. Haruslah orang yang sama. Sama macam sebelum ni. Ketua dia, memang perempuan ke apa?

" Jumbo ada cakap tadi. Dia kata Amran nak bubarkan The Tiger. Terkejut jugak aku."  cerita Amar. Eiman dan Eric turut terkejut sama.

" Serius? Memang dia yang nak? Habistu budak budak dia tu?"

" Jumbo kata, Amran akan carikan kerja untuk budak budak dia. Samada nak atau tak, tu belakang kira. Tapi kerja yang tak langgar apa apa peraturan lah."   jelas Amar.

Ryan dah berpeluh. Agak agak Amran ada kata tak dekat Jumbo pasal niat dia?

" Semua nak berhenti ni. The JARC pun dah bukan JARC dah. Dua orang dah takde.."   perlahan Eiman bertutur. Ryan hanya diam. Tangannya bergerak perlahan membuka kotak kek.

My SoulWhere stories live. Discover now