Twenty four

1K 51 1
                                    

Bilik Ryan kosong sekosongnya. Semua barang sudah dibuang. Hanya tinggal beberapa barang sahaja yang tinggal.

Pintu bilik itu ditolak dari luar. Satu senyuman terukir pada bibir apabila melihat Ryan sedang mengemas beg.

" Memang nak tidur sana terus lah ni? Sebulan?"  soal Amar. Badan disandarkan pada pintu dan tangan disilangkan pada badan.

Ryan hanya mengangguk. "Haah. Nanti, aku bagi duit dekat kau. Tolong belikan baju baju untuk aku. Yang murah pun tak apa."

Amar hanya mengangguk tanda setuju. Memang Ryan buang semua barang yang dibeli menggunakan duit kerjanya sebagai ahli The JARC. Ryan kata, dia nak mula hidup yang baru sebarunya.

Beli semula barang barangnya menggunakan duit sah nya. Atau pendek kata, halal.

" Okay, aku gerak dulu. Apa apa call je."  tangan dihulur dan mereka bersalaman. Amar menepuk bahu Ryan.

" Kejap. Si kembar mana?"

Amar menjulingkan mata.  "Entah diaorang tu. Kejap kejap ada kejap kejap hilang. Penat aku. Macam budak budak."

Ryan ketawa. Memang susah kalau duduk dengan Eiman dan Eric. Ada ada je benda diaorang nak buat.









****










Kerusi ditarik dan punggung dilabuhkan. Tangan naik menurunkan cermin mata hitam. Kepala diliarkan mencari seseorang.   

Satu keluhan dilepaskan. Sungguh, nak sangat tahu apa yang terjadi pada Rycca. Apa yang membuatkan wanita itu menolaknya.

Tiada rasa marah pun pada Rycca, malah rasa ingin tahu membuak buak. Lagi lagi Rycca pernah meracau beberapa kali dihadapannya.

" Ryan? Sorry..akak lambat."  sapa seorang wanita.

Ryan senyum manis. "Tak apa. Saya pun baru sampai"

Tangan diangkat untuk memanggil pelayan. Air di order dan pandangan Ryan beralih semula kepada wanita dihadapannya itu.

" Kak Rania, boleh saya tahu kenapa dengan Rycca?"

Tidak ada lampu isyarat, tidak ada halangan, terus Ryan tuju pada tujuan asalnya mahu bertemu Rania.

Wajah diraup perlahan. Rania merenung wajah Ryan. Mencari sesuatu.

" Sebelum tu..akak nak tahu. Kamu memang betul ke ikhlas nak Rycca?"    

Ryan terdiam mendengar soalan itu. Kenapa Rania bertanya sebegitu?

" Saya cintakan dia."

Cukup tiga patah perkataan itu, Rania tahu lelaki dihadapannya kini tidak bermain main. Ayat yang Ryan tuturkan itu memang ikhlas dari hati. 

" Dari mula saya kenal dia."  tambah Ryan lagi.

Rania senyum manis. Nafas ditarik perlahan sebelum segala isi yang terpendam dihati diluahkan. Tiada istilah segan nak menangis dihadapan Ryan. Dihamburkan segalanya.

Dan Rania boleh lihat, tubir mata Ryan turut bergenang sekali sekala. Kadangkala, Ryan menggengam tangannya erat sehingga timbul urat menyatakan kemarahannya.

Sungguh..Ryan terkejut. Tipulah jika rasa tak terkejut. Tidak sangka itu lah masalah yang membebani fikiran Rycca. Itulah trauma yang dilalui Rycca.

Apabila melihat situasi ganas dihadapan mata, automatik Rycca akan teringat peristiwa hitam bertahun dulu.

Zika meninggal setelah diseksa Rahman, dan Rahman pula ditangkap dua hari lepas kematian Zika. Kemudian lelaki itu meninggal didalam penjara akibat penyakit HIV, kerana selalu melakukan hubungan seksual dengan perempuan perempuan lain.

My SoulWhere stories live. Discover now