Sixteen

1K 52 1
                                    

" Eh bodoh. Aku tau kau nak mati cepat, tapi makanlah sikit."

Ryan mencebik. Mulalah ni. Membebel macam apa. Badan digolekkan malas diatas katil.

" Makan. Penat penat aku keluar tau tak beli makanan untuk kau."   Carl masih tidak berhenti bercakap.

Nak tak nak, Ryan terpaksa bangun dari pembaringan. Huh. Hanya demam biasa. Tapi Carl ni melebih macam apa.

" Normal lah aku demam. Biasa je pun. Bukan demam panas."

" Ha melawan. Laptop kau ada dekat aku tau. Nak balik, sihat cepat"

" Macam mana lah bakal isteri kau nanti kan? Nasib macam aku ke..atau kau ikut je cakap dia"

Ryan dah mendengus. " Shut up Carl. Duh"

Makanan disisi katil diambil. Ugut ugut!

Bibir Carl tersenyum apabila melihat Ryan mula membuka mulut untuk makan.

Kena cakap banyak baru nak jalan!










****









Ryan tersenyum apabila memori itu di imbas kembali. Haih..rindu makin menebal terhadap kawannya itu.

Sekarang ni Carl takde untuk menjadi 'bibik' nya. Terpaksalah buat semua sendiri. Jumbo dan Amar nak tolong, dia jual mahal. Padan muka.

Demam mula datang apabila Ryan tidak henti henti membuat kerja. Sibuk pasal hal Rycca pun ya. Dia cuba mencari gerangan penyerang itu. Jadi..penat mental dan fizikal.

Hal hotel pun ya. Ryan sedikit lega yang dia demam setelah semua kerjanya selesai. At least apabila kembali ke hotel, kerjanya takde lah bertimbun.

Dan kesibukannya itu juga membuatkan dia selalu terlupa untuk menghubungi Rycca. Bukan bermakna Ryan lupa Rycca. Ryan hanya terlupa menghubungi Rycca.

Tetapi Ryan tetap memerhati Rycca dari jauh. Sedikit pelik apabila si penyerang itu juga seakan akan berhenti ber 'operasi'.

Licik. Siapa orang tu? Apa motif dia? Kenapa Rycca? Ada kaitan dengan masa silam Rycca ke?

Duvet ditolak. Ryan mengeliat kecil. Asyik baring aje. Bila nak cergas?

Rambutnya jadi berserabai. Messy.

" Mana dua ekor mangkuk ni? Aku suruh beli kek aje. Jangan melencong sudah."











****












" Korang buat apa dekat sini?"   perlahan lahan Rycca mendekati pasangan kembar itu.

Eiman dan Eric ketawa.

" Beli kek lah. Nak buat apa lagi"

Rycca sengih. Pandangan Rania dihiraukan. Yelah. Rycca tak cerita apa apa langsung.

Haruslah Rania hairan. Haritu Ryan. Harini Eiman dan Eric. Ini kalau Rycca cerita secara detail, mahu Rania tak faham. Kehidupan adik dia bagaikan berubah. Semakin ramai lelaki yang hadir dalam hidup dia.

Kawan. Bukan lebih lebih. Kawan dengan lelaki best apa. Jaga batas lah tapi.

Mata Rycca tertancap pada cheescake dalam kotak itu. Lama diperhatikan sebelum soalan diutarkan.

" Untuk..Ryan?"

Eric mengangguk. "Haah. Dia pesankan."

Kening Rycca bertaut. Kepala dijengahkan ke luar bakeri. Cuba cuba melihat kalau ada ke.

" Dia takde Rycca."   kata Eiman apabila perasan yang Rycca mencari seseorang. Siapa lagi kalau bukan Ryan kan?

" Uh..dia mana?"

Pandangan Eric dan Eiman bertaut sebelum mereka menjawab serentak. Jawapan yang membuatkan Rycca risau. Yang buat Rycca rasa bersalah. Entah kenapa.

" Dia demam."









****









" Hachumm!!"

Tisu diambil dan Ryan laju mengesat hidung. Item itu dicampak kedalam tong sampah sebelum tangan dibasuh dan kembali mengacau teh didalam muk.

Nampak sangat macam orang sakit. Mean..really really sick. Muka lesu. Rambut bersimpang siur. Hidung merah sebab dapat package selesema sekali.

Tak henti henti sedut hingus.

Telefon dicapai apabila mendapat notifikasi whatsapp daripada Jumbo.

' Rehat. Pasal hacker, aku suruh budak lain handle'   -   Jumbo.

Hanya keluhan dilepaskan. Kali ini Ryan akui dia sangat penat. Mungkin sebelum ni pun dia jarang mendapat rehat yang mencukupi. Mungkin inilah masanya.

" Ryan!"

Kaki dibawa ke hadapan. Kelihatan Eiman muncul bersama Eric. Ditangan mereka ada kek yang dipesan Ryan.

Jelingan diberikan.

" Lambat apahal?"

" Kitaorang jumpa awek kaulah"

Terus pergerakan Ryan terhenti daripada membuka kotak kek itu. Punggung dilabuhkan diatas sofa.

" Dia ada dekat bakeri?"

" Ada lah. Dia tanya pasal kau."

Wajah Ryan menunjukkan sinar teruja.   " Ye? Dia tanya apa? Dia rindu aku ke? Ke dia ada masalah? "

Sengihan dilemparkan. Eiman mencebik.

" Amboi. Sihat dah nampak"

Ryan ketawa. Cheescake itu dipotong dan dicubit begitu sahaja. Tak payah sudu ke pinggan ke. Orang bujang.

" Aku rindu dia lah."   tak pasal pasal ayat itu yang terkeluar dari mulut Ryan. Dia melepaskan keluhan lagi.

Sungguh. Ketawanya. Senyumannya. Loyar buruknya. Semua tentang Rycca. Rindukan suara Rycca. Suara tu lah yang terngiang ngiang dikepalanya.

Tapi rasa bersalah juga apabila tidak memberitahu kebenaran. Ryan tak tahulah kalau Rycca tahu, masihkah Rycca akan ada rasa ingin bersama dengannya? Walaupun hanya dengan title kawan?

" Takpe lah. Dapat kek ni pun okay."

Eric senyum sinis. " Tuan buat kek dia tak nak jumpa?"

" Entah entah dia pun tak nak jumpa aku."   ada rasa sedih apabila mengucapkan ayat itu.

Kemudian Ryan mencebik lagi menahan sebak.  "Aku rindu dia jugak"

Eiman dan Eric hanya tersenyum nipis mendengar kata kata Ryan yang satu itu.

Ah Ryan! Time ni lah nak beremosi. Apalah.

Biasalah. Orang sakit.

" Awak."









****










" Jay, harini tak keluar ke gym?"   tanya salah seorang lelaki. Kawannya mungkin.

Jay menggeleng. Matanya masih tertancap pada board dihadapan.

" Nanti Jessi datang. Dia tu bukan boleh jangka"

Lelaki itu mengangguk faham. Dia tunduk hormat sebelum meninggalkan Jay berseorangan.

Senyuman sinis terukir di bibir Jay. Semakin menarik.






























Thanks for reading   ')

My SoulWhere stories live. Discover now