Thirty six

1K 48 0
                                    

Duke dan Brian. Rycca sendiri tak tahu apa yang terjadi pada mereka selepas kejadian hari itu. Entah hidup lagi ke tak. Entah dimana mereka entah.

Bila di ingatkan semula tujuan mereka menyerang Rycca, boleh naik bulu roma jadinya! Mengarut! Nak sangat Rycca tahu siapa dalang disebalik serangan ini.

Rania pula masih belum hilang risau terhadap Jasmin. Walaupun fikirannya masih terngiang ngiang dengan sebaris nama 'Husna' itu, perihal Jasmin tetap dia risau.

Rycca sendiri memberi pendapat untuk menenangkan Rania. Mungkin Jasmin sudah berpindah, sebab itu sudah tak nampak selalu.

Huh. Lagi risaulah Rania dibuatnya bila Rycca berkata sebegitu. Akhirnya, biar ajelah. Lama lama okay lah tu.

" Hai..termenung jauh nampak? Fikir apa tu?"

Terkejut Rycca dibuatnya. Ergh...Ryan selalu macam ni! Main sampuk je tak bagi apa apa.

Ryan tersengih apabila Rycca menjelingnya. Rambut yang sedikit serabai dibetul betulkan.

" Fikir macam macam. Semua benda yang berlaku sebelum ni. Rasa ada yang lompong"  ujar Rycca perlahan.

Ryan senyum nipis. Faham.

" Harini kita tenang dulu. Doa takde apa apa yang terjadi. Sekarang ni.."

Rycca mengangkat kening. Apa?

" Keluarlah. Kay minta tolong abang panggil Rycca tadi. Rycca masuk termenung pulak"

Mata Rycca bersinar teruja.  " Kay dah sampai?"

Ryan hanya mengangguk. Laju dia ketepi apabila Rycca berlari anak menuju ke pintu rumah.

" Sayang, nanti jatuh! Kain tu!"  jerit Ryan. Dia menggaru kepala. Haish ini isteri.

Isteri? Suami?

Baru beberapa jam tadi mereka selamat diijab kabulkan. Hanya majlis akad yang dibuat dahulu. Persandingannya nanti tak tahu bila lagi.

Hari itu, Ryan mengajak Rycca berkahwin. Rupa rupanya semua persediaan sudah Ryan sediakan. Cuma tinggal orangnya sahaja untuk melengkapkan.

Tapi tak sangkalah pulak secepat ini. Ryan hanya berkata...

" Aku sayang kau. Aku nak jaga kau. Kita kahwin"

That's it!

Walaupun sedikit hambar tanpa kehadiran Eiman dan Eric yang masih 'berperang' , semuanya masih berjalan dengan lancar. Hadif dan Hannah pun boleh tahan becok juga.

Lama lama nanti besar, entah entah warisi kebecokan uncle Eiman dengan uncle Eric mereka.

" Kay!!"

Ryan menepuk dahi. Sampai kedalam dengar suara Rycca ni! Nasib baik hanya ada ahli keluarga dan rakan sahaja!

" Bini siapa woi!"

Kedengaran ketawa pecah diluar. Ryan sengih. Ni tak lain tak bukan kawan kawan sengal dia tu lah.

" Bini aku tu"   Ryan sengih lagi.











****












Satu persatu tiub air dan tiub darah diperiksa. Kemudian maklumat itu dicatat oleh jururawat yang setia ada disebelah.

Farhan memberikan arahan kepada jururawat itu dan jururawat itu jeluar dari wad itu. Tangan Eiman, Farhan pegang.

Tangan kiri inilah yang patah. Farhan hanya menggeleng perlahan. Macam manalah boleh jadi seperti ini.

My SoulWhere stories live. Discover now