Twenty nine

1K 49 0
                                    

" Hold down, you bitch!!"

Tangan Eric erat memegang akar pokok yang terjuntai. Sebelah tangannya lagi erat menggenggam tangan Eiman.

Tapak tangannya terasa perit apabila bergesel dengan akar pokok tersebut.

" Naik Eric!"  jerit Eiman. Wajahnya berubah pucat sepucatnya.

" Argh! Kau diam! Kita naik sama sama!"

Srak! Srak!

Akar pokok itu semakin kebawah. Mata mereka menjeling ke bawah. Kalau mereka jatuh..api sudah bersiap sedia menyambut mereka.

" Eric! Sini!"

Laju Eric melihat figura tersebut. Ryan menghulurkan tangannya kearah Eric. Lengan Eric dicengkam dengan bantuan Jumbo dan Amran.

" Aku berat bodoh! Nanti kau jatuh! Lep-"

" Diam sial"  mati kata kata Eiman apabila Ryan bertutur sebegitu. Dingin. Takut.

" Arghh!"  Eric mengerang apabila lengannya bergesel dengan batu gaung. Merah!

" Tarik kuat lagi! Tahan kejap!" Jumbo bersuara. Wajahnya berkerut saat menarik lengan Eric.

Eiman memejamkan mata. Kemudian dia mengerling kebawah. Api. Tak semua kawasan dilitupi api. Boleh aja kalau dia lompat dan mendarat dengan selamat tanpa terkena api.

Cengkaman dilengan Eric dilepaskan. Mata Eric terbuntang. Dia mengetap rahang.

" Apa kau buat ni?! Pegang balik! Argh!"

" Eiman pegang! Aku taknak hilang sesiapa!"  air mata Ryan yang sedari tadi bergenang, jatuh dan mengenai pipi Eiman.

Tangan Eric sudah tak kuat mahu menampung badan Eiman. Tangannya licin disebabkan berpeluh.

" No, Eiman!!"  serentak semua menjerit. Eric terlepaskan genggamannya!

" Eric!!"

Gila! Eric ikut terjun sama! Tangannya menggapai badan Eiman dan dia berusaha untuk menarik Eiman supaya tidak mendarat di atas api!

Spontan, Eiman melindungi kepala Eric dan memeluk adiknya.

Buk!

" Argh!"












" We're stupid twin aren't we?"

" Nope. Just you bro. Aku baik"

" Tch. Hey, kau dengan aku sama je!"

" Correction. Kau lagi teruk dari aku. Hahaha!"









****











Semua tergamam. Mata tidak berkelip melihat dua figura kini baring terlentang diam tak berkutik di atas tanah merah itu.

Terketar ketar bibir Ryan melihat situasi itu. Dia jatuh terduduk. Tangannya menggigil.

" Can't be! Shit! Amran, call Amar! Atau..atau sesiapa je! Faster!"   Jumbo dah gelabah. Dapat dilihat matanya mula bergenang.

Mendengarkan arahan itu, laju Amran mengeluarkan telefon dan menghubungi Amar. Amar akan uruskan segalanya nanti.

Air mata Ryan jatuh. Lebat. Kepala dirapatkan ke lutut.

" Ryan, Rycca!"

Ryan tersentak mendengar panggilan Amran. Laju dia berpaling dan menuju kearah Rycca yang sudah pengsan.

My SoulWhere stories live. Discover now