Thirty two

1K 49 0
                                    

" Hati hati"

Rycca mencemik apabila Ryan tidak putus putus berkata itu dan ini.

" Kaki saya tak sakit, jangan risau sangat lah "

Ryan senyum nipis. Beg sandang Rycca diambil dan dibawa. Pintu pagar rumah Rycca dibuka.

Awalnya balik?

Tanya orang degil belakang ni. Taknak duduk hospital. Asalnya, Rycca kena duduk di hospital lebih lama. Tapi..

Hey, siapa suka duduk hospital lama lama? Tambahan lagi Rycca ni jenis anti-hospital.

" Kau nak balik, aku tolong. Aku pesan sikit aje, mula nak bantah. Just shut up and dengar cakap aku"

" Jangan bergaduh boleh? Cepatlah masuk!"

Ryan dan Rycca berpaling kehadapan. Kelihatan Haziq sedang berdiri tegak menunggu kedua dua insan itu menjejakkan kaki kedalam rumah.

Laju Rycca jalan meninggalkan Ryan. Dia tersengih apabila Hadif memunculkan diri dari belakang ayahnya.

" Ma ucuuu!"

Hadif melompat kedalam pelukan Rycca. Terkekek Rycca ketawa.

" Hadif-aduh! Hey hey jangan tekan situ! Sakitlah ma ucu"   Rycca menahan pedih saat siku Hadif diletakkan diatas bahunya.

Ryan pula dah garu kepala. Nak dihalang, bimbang kecil hati. Tapi Rycca sakit! Takut luka itu berdarah kembali!

" Jom masuk. Kak Rania dah masak"










****











" Kawan Ryan tu macam mana?"  soal Haziq. Wajah Ryan dipandang.

Ryan senyum pahit.  " Tak sedar lagi. Tak tahu lah bila"

Keadaan menjadi sunyi kembali. Mata Ryan liar melihat sekitar kawasan perumahan itu. 'Mengimbas'.

" Herm..abang. Memang sunyi eh kawasan ni?"

Yelah, selalu nya kan kalau kawasan perumahan, adalah jugak kereta lalu lalang ke, budak budak keluar main ke.

" Memang macam ni. Diam aje. Sesekali selalu jugak Jasmin datang sini. Takdelah kak Rania tu sorang sorang"   jelas Haziq. Muk yang berisi teh panas disisip perlahan.

Ryan mengangguk angguk. Seketika kemudian, dahinya berkerut.

" Jasmin duduk depan tu kan? Selalu dia datang sini buat apa?"  

Haziq hanya mengangkat bahu. " Ada je yang diaorang berdua buat. Cuma ada jugaklah tiba tiba Jasmin tu hilang. Ada satu hari tu, kak Rania kamu cerita, dia ternampak Jasmin menangis tepi jalan"

" Eh?"

" Entahlah Ryan. Jasmin tu memang pelik, tapi dia baik"

Ryan hanya diam. Tidak pernah pulak dia nak cari maklumat menyeluruh tentang Jasmin. Nanti lah.

" Ma ucu punya! Ma ucu menang!"

Terangkat bahu Ryan dan Haziq mendengar Rycca memekik. Nyaring! 

Haziq menggeleng perlahan. Telinga digosok gosok. Ryan tersengih melihat kelakuan Haziq. Nampak sangat dah lali.

Kemudian, satu perkara terlintas difikirannya. Tujuan asal dia mahu menghantar Rycca dan bersembang dengan Haziq.

Nekad. Ambil gari dan kunci sampai mati. Ryan nekad.

" Abang, saya nak kahwin dengan Rycca"










****











My SoulWhere stories live. Discover now