Epilogue

1.9K 68 2
                                    

Sejag air disiram seusai doa dan surah Yassin dibaca. Rumput rumput dan lalang yang tumbuh melata dicabut.

" Cakap assalamualaikum dekat abang Aayan"  arah Ryan kepada si puteri didalam dukungan. Comel aja anak kecil itu dalam salinan jubah mini.

Pelat si puteri berkata. Kemudian kepala direbahkan pada bahu Ryan.

Rycca senyum dan mengusap kepala puteranya yang berada disisi. Hanya seluar hitam dan baju melayu menjadi pilihan si putera. Sama seperti Ryan.

" Ni abang Aayan?"  petah si putera bertanya. Dia turut mengikut langkah si ibu yang mengusap tanah dan mencabut lalang.

" Iya. Ni abang Aayan"  pendek Rycca menjawab.

"Haidar kena jaga Ainul baik baik. Haidar kan sayang Ainul"   kata Ryan pula. Dia menurunkan Ainul dan membiarkan anak kecil itu berdiri.

" Haidar sayang Ainul. Haidar sayang ibu ayah jugak"  jawab Haidar.

Senyum suka Rycca dibuatnya.

Sang putera, nama diberi, Thaqif Haidar bin Ryan Assyraf. Manakala si puteri, diberi nama Nur Ainul Mardhiah binti Ryan Assyraf.

Haidar kecil kecil sahaja sudah kacak wajahnya. Cerdik. Ainul pula masih kecil, namun suka menganggu si abang. Biasalah, budak.

Rycca bangun dan memaut tangan Ainul dan Haidar. Dia mula berjalan dengan diikuti Ryan dibelakang.

" Nak jumpa nenek dengan atuk?"

" Nak!"

Rycca tahan air mata. Cepat cepat dia tarik nafas dan menghembus perlahan. Terasa bahunya diurut dari belakang.

Senyuman manis diberikan kepada Ryan tanda dia memang betul betul okay. Menangis bukan sebab apa. Hanya berasa sebak.

Hanya rindu.

Alhamdulillah, kehidupan berjalan dengan lancar. Masalah rumah tangga itu sentiasa ada, bukan rumah tanggalah kalau tiada masalah.

Hotel Ryan semakin hari semakin lancar pengurusannya. Sebelum memulakan kerja, Ryan akan menguruskan penghantaran anak anak ke sekolah dahulu.

Senang cerita, Ryan banyak membantu. Dia selalu membiarkan dirinya susah daripada Rycca.

Apabila di bantah, dia menjawab.

" Kenapa perlu rasa susah? Semua ni memang tanggungjawab abang"

Bersyukur sangat. Sangat bersyukur.

Haidar juga suka akan cheesecake. Sama seperti Ryan. Kebanyakan sifat Haidar, banyak persamaan seperti Ryan.

Manakala Ainul pula lebih nakal. Seperti ibunya. Selalu Haidar dan Ainul bergaduh, Haidar banyak mengalah. Memang seorang abang yang baik.

Tentang pembelajaran Rycca pula, Rycca sempat habiskan setakat master sahaja. Memang niat dihati, mahu belajar sejauh yang mungkin.

Insya Allah, ada rezeki, segalanya pasti.

Sekarang ini, Rycca hanya membantu Rania di bakeri seperti biasa. Ryan juga membenarkannya. Jadi segala mudah.

Apabila tiba di pusara Zika dan Rahman, laju Haidar dan Ainul duduk sebelah menyebelah. Lancar Haidar membaca Al-Fatihah dan didengari Ainul.

Ryan memandang Rycca, dan Rycca memandang Ryan kembali. Kedua duanya senyum semanis yang boleh buat si pasangan.

Senyuman itu. Senyuman itu yang menyokong dan membantu selama ini.

Dia.




















My Soul

Ryan Assyraf x Rycca Atma

The End









Thanks for reading
Lot of love ❤

My SoulWhere stories live. Discover now