Fourty seven

937 45 0
                                    

Kedua dua wanita itu hanya tersengih lebar melihat Rycca yang ceria seperti kanak kanak.

Kini, bakul di tangan Rycca sudah penuh dengan kerepek kerepek, makanan ringan dan coklat. Katanya nak buat stok. Haha.

" Sinilah!" panggil Rycca apabila dua orang rakannya hanya mengikut dari belakang. Ah..come on. Sekarang kita kawan, bukan bos atau pekerja!

" Banyak nya lah awak ambil"  usik Medina. Dia menjenguk jenguk kedalam bakul yang dibawa Rycca.

" Nak saya bawa?" pelawa Alicia. Rycca mencebik. Kepala digeleng geleng tanda tak perlu.

" Nanti pergi tutti frutti nak? Saya belanja" l kata Rycca sambil tersenyum lebar. Kalau mereka menolak pun, Rycca tetap akan pergi. Heheh.

Medina dan Alicia hanya mengiakan sahaja. Alicia pelik sebenarnya. Dia tahu Rycca manja dan suka gila gila dengan Ryan, tapi ini kali pertama dia melihat berperangai begini di luar.

Medina mendekatkan diri pada Alicia.

" Rycca pregnant ke?"

Alicia tersentak. Wajah Medina dipandang, kemudian susuk tubuh Rycca pula diperhati.

" Mana awak tahu?"

Medina mengangkat bahu. " Abang saya doktor. Setakat macam tu, saya tahu lah sikit"

Selepas mendengar penjelasan Medina, terus Alicia berlari anak menuju ke Rycca. Lengan Rycca dipaut sebelum wanita berlari anak lagi untuk mencapai barang.

Wajah Rycca yang keliru itu dipandang. Patutlah! Perangai pun macam kanak kanak ribena! Nak itu nak ini.

" Bos tahu tak?"  straight Alicia bertanya. Lagi berkerut wajah Rycca.

Melihatkan reaksi Rycca, Alicia dan Medina tebak yang dua dua tak tahu yang ada kemungkinan Rycca mengandung.

" Kenapa korang kelam kabut ni? Saya-"

" Ah!"  tudung Rycca direntap dari belakang. Tangan itu memaksa Rycca supaya mengikutnya dari belakang. Bakul di tangan terlepas dan segala isi terkeluar.

Alicia dan Medina tergamam.

" Medina, call siapa siapa cepat!"  arah Alicia dan terus wanita itu berlari mengejar Rycca yang sudah didukung.








****








" Complicated. Jay, semua ni berkait dengan masa silam Rycca?" soal Eric. Ryan mengangguk.

" Jadi, kemalangan kau dengan Eiman haritu, memang disengajakan. Kalau apa yang aku perhatikan, dia akan halang sesiapa je yang selamat kan Rycca" jelas Ryan.

Semua terkedu. Betapa tekadnya Jay untuk mendapatkan wanita itu.

" Habis kau? Sebab tu dia selalu juga nak cuba bunuh kau? Sebab kau penghalang?"  soal Jumbo. Ada terselit nada risau pada kata katanya itu.

Ryan tersenyum sinis. " Tujuan aku kahwin dengan Rycca. Nak lindungi dia, dan aku cintakan dia"

" Jaga diri kau Ryan"  celah Eiman. Bukan mahu kata supaya tinggalkan Rycca. Maksudnya, jaga diri elok elok sebaik mungkin.

Ryan tersenyum. " Kalau benda sama jadi dekat Tiara kau? Kau akan jadi macam aku Eiman"

Eiman diam. Satu senyuman nipis terbit pada bibirnya. Hanya dia seorang yang memanggil Medina, Tiara.

Eric berdehem kuat. Dia mengerling kepada Eiman dan tersengih. Jumbo hanya senyum.

" Aku ada permintaan. Aku taknak korang masuk campur. Aku taknak sesiapa terkorban..kali ni"  suara Ryan sedikit bergetar.

My SoulWhere stories live. Discover now