Thirty one

1K 53 0
                                    

Suasana didalam wad itu hening seheningnya. Bunyi pendingin hawa turut boleh didengar jelas.

Ryan meletakkan kembali bekas makanan itu diatas meja. Dia bangun dah kerusi dibetulkan. Punggung dilabuhkan kembali. Lututnya berlaga dengan katil.

Rycca hanya diam. Menunggu kata kata penjelasan dari mulut Ryan. CEO? Oh please. Dia tidak kesahkan pangkat itu. Cuma mahu tahu, apa motif Ryan menipunya?

" Aku takut"

Terkebil kebil Rycca jadinya. Matanya berkelip memandang Ryan. Ta..kut?

Pangkal leher digosok perlahan. Terpampang raut penat diwajah Ryan. Macam macam perkara yang dia perlu uruskan.

" Bagitahu saya Ryan"

Anak mata Rycca ditenung.

" Aku pernah kehilangan seseorang Rycca. Pertama kali aku terjumpa kau, aku janji dekat diri aku, aku taknak hilang kau"

" And..aku dapat tahu kau tak sukakan keganasan dan benda benda yang berkait dengan tu. Aku jahat Rycca. Aku takut kau akan jauhkan diri dari aku"

Rycca terdiam. Mencerna setiap kata kata Ryan. Tangannya diramas ramas perlahan.

" Aku serik. Tengok kau cedera, tengok kau terluka. Kau dah cukup terseksa Rycca"   kata Ryan perlahan.

" Herm..awak siapa?"

Soalan itu kedengaran seakan akan baru mahu berkenalan. Tapi itu hakikatnya. Rycca baru sahaja mahu mengenali Ryan secara menyeluruh.

" Aku..hacker. Gangster. Aku memburu, membunuh dan menjejak. The JARC. Say it. Gun? Sniper? Semua benda benda tu, aku pernah pegang. Aku pernah guna "

Penghawa dindin bagaikan semakin kuat. Kiri kanan berasa sempit. Dingin.

Wajah Ryan dilihat. Terpancar sinar tidak percaya pada raut wajah Rycca. Jadi selama ni..

What?









****












" Awak apa tadi? G..gangster? Hacker? The JARC?"

Bagaikan tak cukup nafas Rycca menyoal. Wajah Ryan berubah keruh. Dia tertunduk.

" No Ryan. Look at me. Explain this"

Laju Ryan mengangkat mukanya kembali. Rycca sedang merenung dalam kearahnya. Dapat dilihat tangan Rycca menggigil dan mencengkam selimut kuat.

Takut, but still curious huh?

" Rycca, aku jahat. Kejam. Setiap kali kau tengok aku belasah orang, kau meracau. Ini sebab utama kenapa aku tipu kau. Aku bukan saja saja Rycca"

" Habistu..yang hotel tu? Letupan tu?"

" Hotel tu aku tak tipu. Aku ambil alih hotel tu lepas dia takde"

" Carlo Jason?"

Ryan tersenyum pahit.  " Kau tahu?"

Rycca mengangkat bahu perlahan. Dia menunduk. Tangan digenggam.

P..pembunuh huh?

Habistu, masa sebulan tu untuk apa? Ryan perlu membunuh orang ke? Hacker?

Jadi sekarang, Rycca tak pelik kalau Ryan serba tahu. Semuanya kerana teknologi canggih. Hacker, tapi macam stalker.

" Rycca..kau okay?"   soal Ryan lembut.

" Tak"

Jawab Rycca jujur. Tangan dibawa ke kepala. Diurut perlahan dahinya. Pening. Apa aje perkara baru yang dia dapat harini.

My SoulWhere stories live. Discover now