Fifty seven

931 52 2
                                    

" Tea, Rycca"

Huluran Alicia disambut baik oleh Rycca dan Kay. Namun Rycca tidak meminum minuman tersebut. Hanya memegang badan cawan itu. Terasa sikit lega dapat haba dari situ.

Kay pula leka memerhati seluruh sudut pejabat Ryan. Hiasan lampunya, kertas wallpaper, meja kayu utuh. Semua itu membuatkan dia rasa kagum sejenak.

" Alicia, betul ke Ryan okay? Dah lama saya tunggu. Kalau saya balik?"

Alicia senyum nipis. Dia menyilangkan jemari nya dan duduk tegak.

" Actually, pilihan di tangan awak. Awak yang pilih untuk datang sini. And kalau awak nak balik, it's up to you. Go ahead"

Kay mengangguk setuju dan memandang wajah Rycca. Berharap agar Rycca membuat keputusan betul kali ni.

" Lagipun, awak kena fikir pasal your condition "

Rycca menunduk sekejap. Apa yang dikatakan oleh Alicia benar belaka.

Nafas ditarik.

" Tunggu sekejap lagi. Lepastu saya balik. Thanks Alicia "










****











Tik..tik..
Shrushhhh..

Hujan yang tadi menitik nitik kini sudah mencurah sepenuhnya. Lebat. Awan memuntahkan segala isi yang ditanggung lama.

Ryan menahan diri supaya tidak pengsan. Kepala dia terasa teramat berat. Darah mengalir dari dahi dan ditepi mata lalu menitik dari dagu.

" Hyarghh!"

KANG!

Batang besi berlaga kuat. Ryan sempat merampas batang penyapu dari salah seorang mamak tadi. Dia tidak tahu berapa lama batang penyapu itu dapat bertahan, jadi dia kena cepat.

Ryan mendecit kasar. Dia hairan. Ini memang kekuatan Jay ke? Sebab memang kuat sungguh. Padahal badannya, badan perempuan.

Berurat tangan mereka apabila saling menolak antara satu sama lain. Tidak mampu untuk menahan lagi, Ryan mengangkat lutut dan melutut perut Jay.

Jay tertolak ke belakang. Dia menunduk dan memegang perutnya. Senak.

Bak! Bak!

Wajah Jay ditumbuk bertubi tubi. Dalam fikiran Ryan, sudah hilang perasaan mahu berkrompomi. Dia hanya ingin memusnahkan lelaki bernama Jay ini sahaja. Sudah lupa itu ialah Jasmin.

" Urgh!"

Ryan menekup dahinya. Dia melihat telapak tangan yang sudah terpalit darah.

Jemari Jay dilihat. Ada cincin besi yang tajam padanya. Itulah yang mencederakan dia sebentar tadi.

" Aku..dah hantar orang..tengok tengokkan Rycca.."  kata Jay tiba tiba. Mengah. Cepat cepat dia berdiri.

Menyeringai Jay tika itu. Dia tergelak dan keluar dari restoran itu. Tangan didepangkan, gembira dengan kejayaan yang dilakukan. Badan Jay mula basah dengan air hujan.

Ryan terpaku ditempat nya. Tangannya menggigil. Darah yang menitik dari hujung kening langsung tidak pedulikan.

" Ryan. Fokus. Aku pergi cari Rycca"

Entah dari mana suara itu datang, Ryan hanya angguk. Wajahnya masih kabur kabur. Blur.

Eiman dan Eric. Ya. Itu mereka. Mereka akan mencari Rycca. Akan selamatkan Rycca jika wanita itu dalam bahaya.

Kalau dia melepaskan Jay, Jay akan terlepas buat sekali lagi.

Tak. Ryan takkan membiarkannya. Dia takkan membiarkan Jay menganggu hidup isterinya dengan alasan yang dia sendiri tidak tahu.

My SoulWhere stories live. Discover now