Thirty nine

1K 43 0
                                    

Ryan ketawa terbahak bahak saat mereka keluar dari rumah hantu itu. Mereka berlari lari anak menuju ke tandas awam. Rycca terus terusan menekup mulut. Wajahnya pucat.

" HAHAHA! Tahan kejap sayang!"

Rycca nak marah pun tak boleh. Kalau dia bukak mulut nanti, terhambur pulak isi!

Tapi Rycca dah tak tahan sangat. Dari tadi dia tahan aje.

Drastik pegangan tangan Ryan dilepaskan dan Rycca menuju ke tepi semak.

" Uwekk!"

" Uhuk uhuk!"

Ryan tersengih bersalah. Dia menunduk dan menepuk nepuk belakang badan Rycca lembut dan bahu Rycca diusap. Selendang Rycca dibetul betul kan.

Tak tahu lah takut sangat ke, terkejut ke. Sampai termuntah. Hahaha.

" Sayang okay? Hurm?"

Rycca terbatuk batuk lagi. Dada dipegang.

" Stupid question. Get me a water"

Pantas Ryan pergi ke booth berdekatan dan membeli sebotol besar air mineral. Didekati semula si isteri dan Ryan menghulurkan air itu.

Rycca mencuci wajahnya dan berkumur kumur. Isi perut yang terhambur tadi dicurah dengan air. Tangan dicuci.

Wajah diangkat. Dia merenung wajah Ryan tidak puas hati. Ryan pula hanya sengih. Lelaki itu menggosok pangkal leher.

" Sorry...okay tak? Ada pening ke?"

Ha tengok. Nak marah pun tak sampai hati. Herm..

" Okay..lepasni taknak masuk situ dah..."   sedikit serak suara Rycca apabila bertutur. Tekaknya digosok perlahan.

Ryan ketawa halus.  " Alright, janji tak masuk dah! Nanti sayang muntah lagi"

Dia kutuk kita ke tu?

Ryan menyulamkan jari nya pada jari Rycca. Memujuk. Mereka berpegangan tangan dan jalan meninggalkan tempat itu.

Cukuplah kut untuk hari ini. Lainkali ada masa datang lagi.

Sekarang..kena isi balik apa yang Rycca dah muntahkan tadi.

Eat time!










****











" Kenyang?"

Rycca sengih. Perutnya diusap usap.

" Kenyang lah! Alhamdulillah! Hehe"

Dahi Rycca dijentik perlahan. Mana tak kenyang? Banyak jugak Rycca makan.

" Abang pun dah penat. Jomlah balik. Ni kalau dapat tidur sekejap sedap ni"   Ryan meregangkan tangan. Punat 'on' ditekan dan pintu kereta dibuka untuk si isteri.

Bang!

" Yaish!"

Terlompat Ryan ketepi. Jalan dipandang, kemudian mata pantas mencari gerangan yang melepaskan tembakan itu.

Rycca menggenggam erat lengan Ryan. Tembakan tadi sipi sipi sahaja mahu terkena kaki Ryan.

" Apa lagi yang korang nak?"   keras Ryan menyoal. Tajam matanya menikam dua figura yang amat dikenalinya.

" Perempuan tu"

Duke dan Brian tersengih. Pistol diacu. Kali ni, arahan berbeza. Kalau nak menangkap, tak kesah sama ada...

Hidup atau mati.

Ryan perlahan lahan menapak ke belakang. Pintu yang sudah terbuka memudahkannya. Tangan dipanjangkan kebelakang dan pantas dashboard dibuka.

My SoulTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang