Ten

1.2K 59 0
                                    

Seluruh warga Sweet Bakery berduka. Bukan itu sahaja. Terkejut pun ada. Tak sangka, baru sahaja mereka berjumpa dengan Eva semalam, balik balik harini, mereka mendapat berita kematian Eva.

Rania yang berada di dalam bakeri hanya menitiskan air mata dan dipujuk lembut oleh Jasmin. Sejujurnya, Jasmin turut berduka. Walaupun tidak lama mengenali Eva, namun dia sangat selesa dengan wanita itu.

Kehadiran Ryan yang mencempung tubuh Rycca yang pengsan menambahkan kejutan pada Rania. Siapa pulak lelaki ni?

Sekarang, Ryan menemani Rycca yang berada dibilik belakang bakeri. Memang bakeri ini ada satu bilik dengan perlengkapan yang lengkap untuk sebarang kecemasan.

Hari ini, Sweet Bakery tidak dibuka dan Rycca terpaksa tidak hadir ke kelas. Manakala Ryan sanggup tidak pergi ke kerja demi Rycca. Sempat Ryan menelefon Jumbo dan memberitahu apa yang terjadi. Laju Jumbo menawarkan bantuan untuk menyiasat.

Tangan Ryan naik untuk menyentuh tangan Rycca namun terhenti.

Tak. Mesti dia tak suka. Jangan buat apa yang dia tak suka.

Ryan tersenyum.  ' Aku memang dah jatuh hati dekat kau..'

" Tsk..tsk.."

" Sakit ayah..jangan buat Rycca macam ni.."

Laju Ryan memandang Rycca. Air mata mula mengalir dipipi Rycca. Dia terseduan seduan.

" Shh.."  Ryan memujuk. Tangannya teragak agak mahu menepuk bahu Rycca. Banyak soalan yang hadir di kepala Ryan sekarang ni.

" Kau okay?"

Rycca mencelikkan mata perlahan dan mengiringkan badan menghadap Ryan.

" Sakit bang..jangan buat Zika macam ni..abang..!"

" Ibuuu!!! Jangan ayah! Jangannn!!!"

Lalu, bayangan mayat Eva pula menjengah fikirannya.

Laju air mata mengalir. Wajah disorokkan dengan lengan.

" Ibu.."

Ryan tergamam. Kali ni Ryan betul betul curious. Sudah berapa kali Rycca menyebut 'ibu' setiap kali melihat situasi seperti itu.

" Ryan.."

" Ya? Ya ya, aku dekat sini. Nak something?"

" Tak..taknak..teman saya..saya.."

Ryan mengangguk angguk. Kepala Rycca yang berbalut selendang diusap lembut. Ryan terkedu apabila Rycca menggenggam tangannya erat. Mamai? Bagaikan taknak lepas. Kuat.

" Ya, aku ada. Mana mungkin aku akan tinggalkan nyawa dan jiwa aku"  sebuah senyuman manis dihadiahkan kepada Rycca. Mendengarkan kata kata itu, Rycca mengangguk perlahan.

Dia akan ingat itu. Itu janji Ryan padanya. Walaupun dia masih tak faham maksud kata kata Ryan sebelum ni.

Perlahan lahan mata dipejam.








****









Wajah polos Rycca yang sedang tidur ditatap oleh Ryan sepuas puasnya. Keningnya, matanya, hidungnya, bibirnya, semua cantik. Tapi ada sesuatu yang mengganggu hidup Rycca. Apa dia?

Tangan mereka yang masih berpaut Ryan pandang. Kecil saja tangan Rycca.

Pintu bilik itu ditolak perlahan dari luar. Ryan berpaling dan kelihatan Rania memasuki bilik itu bersama Hadif. Harini Rania memerlukan kehadiran anaknya. Sebab itu dipontengkan Hadif, dan Haziq pun sudah setuju.

My SoulWhere stories live. Discover now