Nine

1.1K 48 0
                                    

" Kami balik dulu! Jumpa besok kak Eva!"   ucap sekumpulan gadis ceria kepada Eva.

Eva ketawa melihat telatah mereka. Ya. Eva dan gadis gadis itu ialah pekerja di Sweet Bakery.

" Okay! Hati hati"

Flying kiss dibalas balas. Suka benar mereka.

Sebaik sahaja pintu bakeri ditutup dan dikunci, Eva tarik dinding besi itu kebawah kemudian menguncinya.

Senyuman terukir. Siap! Boleh balik, mandi dan rehat!

Dengan riang Eva berjalan menuju stesen bas berdekatan. Namun langkahnya terkaku apabila melihat satu figura berdiri tegak dan memandangnya tepat.

Eva masih lagi tersenyum. Figura itu didekati. Seorang perempuan yang berpakaian baju skirt paras buku lali. Namun begitu, baju itu sangat ketat. Rambut pula berwarna karat.

" Cik? Ada apa apa saya boleh tolong ke?"

Wanita itu tersenyum manis sambil menggeleng lembut pada Eva.

" Takpa, saya tunggu masa aja.."

Kening Eva bertaut. Apa maksud dia?

Senyuman mula sirna dibibir munggil wanita itu.

" Saya perlukan awak untuk lemahkan dia "

Tidak sempat Eva mahu membalas, dia terasa ada sesuatu yang tajam dan sejuk..seperti besi..menusuk perutnya.

" Erh.."

Wanita itu mula mengilai.  " I got it!"

Tika ini, rasa seram dengan ketawa mengilai ilai itu ditolak ketepi.

Pisau ditekan. Darah membuak buak keluar. Wajah Eva sudah pucat. Tangannya memegang tangan wanita itu. Eva jatuh terduduk. Darah mula mengalir dari mulut Eva apabila dia terbatuk.

" Five..four..three..two.."

Nafas Eva semakin perlahan. Dan..

" One "

Eva sudah berhenti bernafas. Mati. Begitu sahaja. Pisau yang berada di perut Eva ditarik kasar. Pisau itu didekatkan pada hidung.

" Hm..i love this smell.."










****










Ryan memandang Rycca yang terduduk ketakutan. Mungkin Rycca takut sangat sampai tak cam dia?

" Nama kau?"

Saja dia bertanya. Suaranya ditekan sengaja. Terkepit aja bunyinya.

Rycca diam. Suara lelaki ni pelik..tapi..ah! Persetankan semua itu!

Takut takut dia memandang Ryan. Disebabkan air mata yang bertakung, penglihatannya kabur teruk. Hanya nampak sepasang mata Ryan. Bahagian wajah yang lain sudah ditutup dengan mask.

Yang Rycca tahu..

Baru sahaja tadi dia melihat lelaki itu sewenang wenangnya mencacak pisau di bahu orang jahat tadi! Dia ingat tu apa? Dinding?!

Peristiwa yang berlaku tadi mengacau fikirannya. Kepala dipegang perlahan. Mula terbayangkan perlakuan jijik ayah kandungnya. Ibunya.. Rycca menahan tangis. Bahunya terhenjut henjut menahan esakan. Lutut didekatkan ke kepala.

Ryan kaget. Dah kenapa?

Bahu Rycca dipegang. Menggigil!

" Er..kau okay? Kenapa ni? Cedera?"

My SoulWhere stories live. Discover now