Twenty three

998 47 0
                                    

Makanan dihadapan mata dipandang kosong. Sungguh, seleranya mati. Mengenangkan memori yang muncul sebagai mimpi malam tadi.

Ngeri. Sangat ngeri. Rasa diri macam sampah. Jijik. Teringat akan lamaran Ryan, dan sebulan itu bermula hari ini.

" Ryc taknak kahwin dengan dia."  ujar Rycca tiba tiba membuatkan Rania tersedak. Haziq pula sudah terkebil kebil memandang adik iparnya itu.

" Er..siapa Rycca? Kahwin?"

Rycca hanya angguk kosong .

" Ryan. Rycca tak nak kahwin dengan dia."

Bertaut kening Rania. Dia diam sebelum mengangguk perlahan. Jadi, lelaki itu sudah melamar Rycca?

Dan sekarang, Rycca menolak?

" Siapa Ryan tu? Nanti bawak abang jumpa dia."   kata Haziq. Pantas Rycca menggeleng.

" Tak nak. Ryc taknak kahwin dengan dia! Dia layak dapat yang lagi baik daripada Ryc!"

Automatik tubir mata Rania bergenang. Kepala ditundukkan. Haziq menghela nafas perlahan.

" Nak pinjam telefon sekejap."

Belum Rania berkata apa apa, telefonnya sudah diambil Rycca. Hanya gelengan perlahan diberikan.

Jari laju mendail nombor Ryan. Baru beberapa saat berdering, suara macho Ryan kedengaran. Mata dipejam sebelum permintaan dibuat dan seusai itu talian dimatikan tanpa menjawab persoalan Ryan.

Pinggan ditolak dan beg dicapai. Laju Rycca meluru keluar. Mulut kata begitu, tapi hati kata tak. Hati rasa sakit sangat bila kata sebegitu.

Tapi dia sedar diri. Dia tahu dia siapa. Dia hanya mangsa kebodohan bapa sendiri. Pada pandangan Rycca, Dia tidak layak untuk berdampingan dengan lelaki itu.


~ One day, you'll encounter with someone who wants to learn about your past, not to judge you, but to understand and show you that you also deserve to be loved ~











****










Baru sahaja Rycca menghubunginya untuk berjumpa. Ryan putuskan untuk bertemu di bakeri sahaja. Tidak mahu menyusahkan Rycca.

Ryan pelik apabila Rycca menghubunginya menggunakan telefon Rania. Ingatan diimbas, baru lelaki itu teringat bahawa telefon Rycca sudah tiada.

Alang alang boleh pergi kerja terus. Butang baju di butang dan rambut dibetulkan betulkan begitu sahaja. Sudah terserlah kekacakan dia tu.

Mata Ryan terpaku pada almari bajunya dan segala barangannya didalam bilik itu. Senyuman kelat terukir.

" Kena buang semua ni. Beli baharu"   bisiknya perlahan.

Beg kerja diambil dan tombol pintu dipulas.

" Eh!"

Terkejut Ryan bila Jumbo tercegat betul betul depan pintu biliknya. Terkebil kebil Ryan.

" Kau dah kenapa?"

Jumbo tersenyum.  "Nak pergi kerja dah?"

" Yelah. Aku nak jumpa Rycca sekejap. Kenapa?"

Bahu Ryan dipeluk dan Jumbo membawa Ryan supaya duduk di sofa dihadapan. Dahi Ryan berkerut. Kenapa ni?









My SoulWhere stories live. Discover now