Sixty one

1.5K 56 0
                                    

Suasana menjadi hening. Diam sediam nya. Semua tak tahu bagaimana mahu bersuara. Mulut bagai digam.

Rycca mahu bangun dari duduk, tetapi ditahan Natasha. Natasha menyuruh Rycca supaya duduk, menarik nafas dan bertenang.

" Macam mana boleh jadi macam ni? Hilang?"   soal Haziq. Dia mencekak sebelah pinggang. Raut keliru jelas diwajahnya.

Macam macam. Lepas satu satu masalah datang. Lepas semua selesai, berita kehilangan Ryan pula yang mereka dapat. Lepasni apa pula?

" Tak tahulah. Masa kitaorang sampai, Ryan masih tak sedar. Lepastu.."

Penjelasan Eiman terhenti seketika. Takut takut dia mahu memberitahu mana mereka pergi sehingga tidak sedar akan kehilangan Ryan.

Rycca pula cepat cepat mengesat air mata yang mengalir. Dia cuba mengawal pernafasan, namun asyik tersedu seduan sahaja.

Serba salah Eiman dan Eric jadinya. Sudahnya, mereka hanya diam dan menunduk.

Seketika kemudian, Jumbo pula hadir dalam keadaan resah. Kelam kabut sama seperti Eiman dan Eric mula mula tadi.

" Ryan hilang? Betul ke?"

Membisu adalah jawapannya. Jumbo meraup wajah kasar dan mendecit kuat.

Deringan telefon Rania membuatkan semua orang berpaling kearahnya. Mana tahu ada apa apa berita baik? Siapa yang menelefon?

Wajah Rania berkerut sambil dia berkata kata. Mula mula kelihatan terkejut, kemudian tergamam, selepas itu perbualan selesai. 

Herm?

Talian dimatikan, dan Rania menuju kearah Rycca.

Rania berbisik panjang pada telinga Rycca. Natasha turut menumpang sekaki. Berkerut kerut wajah mereka apabila mendengar berita itu.

Rycca mengurut dahi dan mengeluh panjang. Rania pula menggaru kepala.

" Abang"   Natasha memanggil Airiel. Airiel menjawab dan mengangkat kening.

Rycca pula sudah membuat wajah geram.

" Bunuh si kembar ni. Memang nak kena!"   Natasha terus mengejar Eiman dan Eric yang awal awal sudah lari.

" Anjing betul"   Jumbo mencarut kasar dan memecut untuk mendapatkan Eiman dan Eric.

Airiel cepat aja faham, terus dia turut mengejar sehingga luar pagar. Masing masing dah macam apa. Terlompat lompat.

Rycca ketawa lega. Air mata dikesat lagi.

Gembira menangis, takut menangis, sedih menangis, marah pun menangis.

Ryan tak hilang. Malah dah sedar. Dia cuba menghubungi Rycca tetapi tidak dapat. Telefon Rycca didalam bilik. Lagi Ryan pelik, apabila tiada seseorang pun yang berada didalam wad.

Mujur doktor datang dan memeriksanya. Bolehlah Ryan meminjam telefon sebentar.

Terus dia menghubungi Rania. Rupa rupanya si kembar tu saja aje. Tahu Ryan dah sedar, bukan nak panggil doktor. Sanggup datang rumah Rania nak menipu.

Memang dah lama hidup.









****










Mendengarkan berita baik itu, Natasha dan Airiel tidak jadi untuk pulang. Ryan akan datang ke rumah Rania.

Puas mereka membantah supaya tidak perlu untuk datang kesini, tapi Ryan degil. Tetap juga mahu datang sini.

My SoulWhere stories live. Discover now