Three

1.4K 70 3
                                    

Sekali sekali kepala ditolehkan ke belakang. Beg sandang dipeluk erat. Larian dilajukan lagi. Rycca sudah penat! Sampai bilalah diaorang nak berhenti.

" Aduhhh mampus mampus! Hoi jangan kejar aku lah jantan!!" jerit Rycca.

" Jangan lari woi!" balas mereka pula. Rycca mendengus. Kalau aku ada kekuatan Black Widow, dah lama aku patah patahkan tulang diaorang! Rycca mencebik.

Kaki yang mahu membelok membrek tiba tiba. Lorong mati! Pantas Rycca berpatah balik. Sipi sipi je hujung shawl nya dapat ditarik. Nasib baik dapat lepas.

Rycca melintasi kedai kedai yang ada. Langgar semua orang yang ada. Rak surat khabar, rak roti dan rak rak yang ada diluar kedai Rycca tolak. Tong sampah yang berdekatan turut dicampak.

" Sorry ladies and gentleman! Nanti aku suruh abang ipar aku bayar!!" Rycca sambung larian. Bising bunyi suara pemilik pemilik kedai tersebut.

Rycca tercungap cungap. Rak rak yang yang terjatuh melambatkan pergerakan lelaki dua orang tu.

" Macam mana nii..macam mana ni..aku tak pandai lawan!" desis Rycca. Nafasnya makin kurang. Sesak weyh! Lari tak henti. Kalah orang maraton!

" Auch! Argh!" Rycca tersadung pada batang besi yang terdampar dijalan. Dia pegang lututnya. Shit! Berdarah!

Dagunya dicengkam salah seorang lelaki itu. Rycca dah cuak.

Muka Rycca berkerut menahan sakit.

" Sakit! Lepaslah!" Rycca meronta. Tudungnya dicekak lelaki yang lagi seorang. Terdongak Rycca jadinya.

" Hey. Kau menyusahkan tahu tak? Kalau kau duduk diam diam tadi senang je kitaorang nak belasah!"

Rycca senyum sinis. " Tak tahu malu nak belasah perempuan! Kau ni lelaki ke?"

Merah muka mereka.

" Dapat duit dan arahan. Settle"

Rycca mencebik. Ya! Dunia sekarang..hanya dengan duit, dialah berkuasa! Semua boleh dapat! Semua tunduk! Tak tahu ke kalau kau mati, macam duit tu boleh bawak masuk?

" Let me go, bitch" serentak Rycca meludah pada muka mereka. Pegangan mereka pada Rycca dilepaskan.

" Kurang ajar!"

Pang!

Rycca mengaduh. Pipinya dipegang. Terasa kebas. Bahagian mulut didalam terasa besi. Darah!

Air mata Rycca mula bergenang. Dia takut. Sakit.

Buk!

" Uhuk uhuk!" Rycca terbatuk. Perutnya dipegang. Senak! Rasa nak termuntah!

Lelaki lelaki itu tersenyum sinis. Mereka hanya perlu membuat Rycca cedera parah, kemudian dapatlah habuan lumayan!

Air mata Rycca gugur. Kalau Rania tahu mesti dia sedih. Kalau Zika tau..mesti dia lagi sedih..

" Hey, don't touch her!" serentak dengan bunyi suara itu, kaki dilayangkan kepada kepala si jahat. Keras dan kuat!

Rycca tergamam. Lelaki bertopeng itu dipandang. Dia lagi! Mr Black!

Ryan yang berada disebalik topeng sempat melihat Rycca. Pandangannya jadi berapi dan tajam. Mereka pukul perempuan?!

Buk!

" Argh!!" Lelaki kedua mengerang. Dia tergolek di jalan tar.

" Kau pukul perempuan?! Apa salah dia?!" tempik Ryan. Terangkat bahu Rycca gara gara terkejut. Perlahan lahan dia bangun dari duduk. Tangan masih melekap diperut. Darah dibibir dikesat.

My SoulWhere stories live. Discover now