Twenty six

1K 46 0
                                    

" Kejap. Ryc tak faham. Cuba Fifi dengan Syira jelaskan?"

Fifi dan Syira terkebil kebil. Mustahil lah. Rycca kan selalu keluar dengan lelaki itu? Takkan tak tahu?

Rania teguk liur. Dapat dilihatnya yang Rycca menggenggam tangan kuat. Seakan akan menahan geram.

" Yelah, CEO The Chandeliar tu kan? Ryan Assyraf tu lah CEO baru nya. Gantikan Carlo Jason, yang dah meninggal tu."  jelas Fifi. Syira hanya mengangguk angguk.

Pening. Kepala rasa pusing. Jadi, Ryan lah CEO tu? Jadi, Rycca tak salah dengar lah haritu saat nama Ryan disebut dalam majlis?

Team leader? Heh. Kepala longkang dia! Leader satu office adalah!

" Habistu, pasal letupan gudang dekat Cuba tu?"   soal Rycca menahan rasa. Nafas ditarik perlahan menenangkan diri.

Syira garu garu kepala.  " Yang tu kitaorang tak sure sangat. Cuma keluar berita haritu, and seorang lelaki ni jelaskan apa jadi. Ada nama Ryan tu sekali, tapi dia takde dekat situ time tu."

" Maknanya, ada kaitan lah kan? Tak kena tangkap, soal?"   soal Rycca lagi.

" Er..tak tahu lah pulak yang tu. Tapi, berita tu cakap ada terlibat dengan geng mafia dekat Rusia. Ramai jugak yang mati."

Zasss!

Mafia? Rusia? Apa..ni?!

Saat ini, semua orang yang pernah muncul dalam hidup Rycca dikaitkan. Babak babak pertarungan Ryan, babak babak kelicikan dan kepekaan Ryan.

Setiap perkara diketahui Ryan. Tentang dirinya.

Dan..ya. Natasha. Babak babak wanita itu bertarung. Sedikit kisah hidup Natasha dan Ryan digabungkan. Tambahan lagi Natasha berdarah kacukan Rusia.

Semuanya berkaitan! Dengan letupan itu, dengan lelaki bernama Carlo Jason itu. Carlo itukah orang yang menyebabkan hidup Ryan berubah dahulu?

" Apa jadi dekat Carlo tu? Macam mana boleh mati?"

Pipi digaru garu. Wajah Rycca dipandang sejenak. Tidak sangka banyak jugak yang Rycca nak tahu. Tapi salah tanya orang ni.

" Entahlah. Rasanya sebab letupan tu lah kut."

Dan sebab itulah Ryan menggantikan Carlo itu? Hotel itu?

Rania turut terkejut mendengar penjelasan penjelasan Fifi dan Syira. Tak tahu lah betul ke tak, kena dengar dari mulut Ryan sendiri.

" Mana dengar ni?"  soal Rania. Fifi dan Syira garu garu kepala.

" Berita tu lah. Lepastu dengar jugak lah apa yang orang kata. Hehe."

" Tapi Ryan tu macam bahaya jugak kan? Dah banyak cerita kita dengar pasal dia dengan kawan kawan dia, tapi tak tahu mana betul."   tambah Fifi lagi.

Rycca merenung kosong pintu bakeri diluar. Perasaan bercampur baur. Tertipu. Terkilan. Banyak lagi rahsia yang tak habis diungkapkan.

Hotel. Mafia. Cuba. Letupan. Carlo Jason. Dan..pekerjaan elektrik?










****












Ryan tertawa riang saat Soleh mengomel tentang produk yang dibelinya online. Ada saja benda tak kena. Dia ni suka membeli belah online, cerewet pula tu.

Sungguh! Soleh ni jenis terbuka juga orangnya. Macam sekarang, dia yang ajak Ryan pergi jalan jalan. Bosan asyik memerap dirumah aja.

" Kita bukan kambing nak diperap aja!"   bak katanya.

" Makan jom. Aku lapar lah."  ajak Soleh. Ryan hanya mengangguk. Mereka mencari kedai makan.

" Tu ada. Makan food court jelah."  cadang Ryan. Soleh angguk angguk.

Selesai membeli makanan dan duduk, mereka mula makan dengan berselera.

" So, tinggal beberapa hari lagi. Kau nak buat macam mana dengan 'jiwa' kau tu?"

Setiap kali berbincang tentang Rycca, Soleh suka mengusik Ryan perihal 'jiwa'.

Dengan Soleh, Ryan rasa bebas untuk bercerita semua tentang dirinya. Apabila maksudkan semua, memang semua. Dari dia kecil, sampai sekarang.

" Nantilah aku fikir. Senang je tu."  Ryan sengih.

" Aku nak tanya. Kau pernah bagitahu dia pasal kau? Ke kau bagitahu yang biasa biasa je?"

Ryan gosok gosok lehernya. Air disedut sebelum membalas soalan Soleh.

" Er..yang biasa biasa jelah. Aku..aku takut dia takut aku. Dia..tinggalkan aku. Aku jahat Soleh. Aku kalau boleh taknak cerita benda ni dekat Rycca. Biar aku je yang ingat."

Soleh melepaskan keluhan.  "Aku tak paksa apa apa pun. Tapi tu lah. Aku terfikir jugak kalau dia tahu, kau nak handle macam mana."

Ryan terkelu. Betul. Lama lama simpan pun boleh pecah juga nanti. Herm..

" Ryan, apa reaksi kau bila tahu pasal Rycca? Perasaan kau? Tak berubah kan? Sebab kau cintakan dia. Sama macam Rycca."

" Kalau betul dia sayang kau, dia akan terima. Allah perancang yang baik Ryan. Ingat tu."

" Semua kejadian silam tu lah yang memunculkan masa depan kita sekarang ni."

Ryan hanya diam. Sebuah senyuman ikhlas diberikan kepada Soleh.




~ Do not tell someone about your good side to make them stay.
Tell them about your worst side and see who stays. ~









****









Eiii! Seronoknya!

Tak dapat Jessi gambarkan rasa seronoknya apabila dia dapat keluar ber shopping! Nampak aja pakaian pakaian cantik dan butik butik berjenama, terus Jessi keluar dan membeli.

Yeah!

Habis dikerah kawan kawan lelaki nya untuk membantu mengangkat beg kertas daripada pelbagai jenama!  

" Okay, I nak masuk Sephora pulak! You guys tunggu luar tau! Sekejap aja ni!"   kata Jessi. Laju kakinya yang bersarung kasut tumit tinggi itu melangkah masuk kedalam kedai.

Duke mengeluh. Beg beg kertas itu diletakkan dibawah seketika. Begitu juga dengan Brian. Mereka merenggangkan badan. Lenguh!

" Sekejap dia tu, nanti jadi basi. Penat aku!"   rungut Brian.

" Tahan jelah. Kang tak ikut dia mengamuk. Kau nak kena dengan Jay? Heh."   balas Duke. Leher dipusingkan pusingkan.

Brian mendecit. Apabila nama Jay keluar, dia akui rasa gerun mula hadir. Jay tu..jangan dibuat main.

Apabila Duke melihat satu figura yang sangat dikenali, laju dia mencuit Brian disebelah.

" Tu mamat tu kan? Nama dia..Ryan kan?"

Mata Brian dan dan Duke tertancap pada figura Ryan dan Soleh yang sedang berjalan menuju eskalator.

" Guys, i'm done! Bring it for me."   satu beg kertas dihulurkan kepada Brian. Namun apabila melihat lelaki lelaki itu fokus terhadap sesuatu, dia turut pancarkan fokusnya.

Automatik wajah berubah menjadi menakutkan. Matanya tajam menikam susuk tubuh Ryan.

Seakan sedar diri diperhati, pandangan dikalihkan. Ryan terkedu saat matanya tertancap pada Jessi.

Mereka saling berbalas renungan tajam sehingga kelibat Ryan hilang dengan eskalator.

Perempuan tu...






























Thanks for reading   ')

My Soulحيث تعيش القصص. اكتشف الآن