One

2.3K 82 0
                                    

Tangan ditepuk tepuk untuk menghilangkan debu tepung. Bibirnya menguntum senyuman manis. Kek yang berhias cantik dihadapan matanya dipandang. Puas hati. Tidak sia sia dia bangun awal pagi ni.

Apron berwarna hitam dibuka. Mata mengerling jam yang tergantung. Cun, boleh dia pergi kelas terus.

" Akak! Ryc dah siapkan kek ni. Nanti akak letak dalam fridge eh? Ryc nak pergi kelas"

Wanita yang digelar kakak itu muncul dengan senyuman. Tangan dihulurkan apabila si adik mahu bersalam.

" Thanks Rycca. Ha, hati hati tau. Drive tu pandang kiri kanan"  pesan Rania. Rycca mengangguk. Beg galas berwarna hitam diambil dan digalas pada bahu. Selendang dibetulkan sebelum botol air dicapai.

" Ryc maybe balik lambat. Nak jalan jalan"

Rania tertawa halus. Jalan jalan? Ye, jalan jalan Rycca ni, memang jalan betul. Masuk shopping kompleks dan jalan tengok kedai,pusing pusing. Tapi tak masuk pun.

" Pergilah. Hati hati"

" Okay. Ni bila abang Haziq nak sampai?"

Haziq merupakan suami Rania. Mereka sudah ada cahaya mata lelaki. Hadif namanya. Selalu Rania akan pergi bakeri dahulu. Haziq yang menguruskan Hadif. Selesai menghantar Hadif ke tadika, baru Haziq datang kesini untuk meneman Rania sementara menunggu staf. Lepastu dia akan gerak ke pejabat.

" Nanti dia datang lah tu. Takpe. Rycca pergi je"

Rycca mengangguk. Pintu bakeri ditolak. Cun aje kaki dia melangkah keluar...

Buk!

" Argh!"

Rycca terjatuh. Seorang lelaki telah melanggarnya! Dahlah badan besar dan sasa! Sekali tolak memang jatuh lah!

Nampak kelam kabut. Berpakaian serba hitam. Wajah ditutupi mask. Tak panas ke? Nanti hitam kang.

Hanya sepasang mata dengan anak mata hitam yang Rycca nampak.

" Alamak. Sorry! Aku-"

" Hoi!"

Terus lelaki itu membuka langkah. Berdesup hilang. Rycca ternganga. What the..?

Kelihatan sekumpulan samseng mengejar lelaki tadi. Nasib Rycca baik apabila samseng samseng itu tidak mengendahkannya.

Perlahan lahan Rycca bangun. Mulutnya mula tidak berhenti membebel.

" Dahlah tak reti minta maaf! Mau aku potong mulut dia, campak dalam loji taik!"

Baju dibetul betulkan. Nasib baik Rania tidak perasan apa apa. Laju Rycca memasuki kereta Honda Civic nya dan terus memecut ke universiti.








****








" Eh. Tunggu situ"  arah satu suara. Rycca mencebik. Kalau ikutkan, dia nak buat buat pekak. Tapi nanti mengamuk pulak betina tu.

Sebuah beg kecil dilemparkan kedada Rycca. Rycca hanya membiarkan beg itu jatuh. Matanya memandang gadis dihadapan.

" Buat semua assignment aku tu. Esok hantar"  arah si gadis. Rycca mencemik.

Buli. Ya. Buli. Kalau zaman dulu pun buli teruk, apatah lagi zaman sekarang. Lagi teruk. Tak kira sekolah rendah ke, menengah ke, universiti ke. Buli sentiasa ada. Dan Rycca salah satu mangsanya. Cuma Rycca suka melawan, tapi akan dapat padahnya nanti.

" Aku punya pun tak tersiap, memang tak lah aku nak buat kau punya"  jawab Rycca.

Gadis itu mendekati Rycca. Air botol Rycca dirampas dan penutup botol dibuka. Air dicurahkan diatas kepala. Rycca mengeluh perlahan. Ya. Dia kuat melawan mulut, tapi tiada kekuatan untuk berlawan fizikal.

My SoulWhere stories live. Discover now