Twenty

1K 62 1
                                    

Suasana bilik sederhana besar itu gamat dengan bunyi suara suara dan gelak ketawa lelaki.

Harini, selepas berkurun lama huh, Jumbo baik hati nak belanja satu team. Nasib baik Eiman dan Eric turut 'meng' sponsor.

Disebabkan suasana bingit, mereka tidak perasan telefon mereka yang berdering. Salah sendiri..letak vibrate mode..

Damn.








****







" Ack!"

Entah dari mana datangnya batang kayu tengah tengah jalan, kaki Rycca tersadung. Sedikit lagi nak terjatuh, Rycca sempat ditarik Ryan.

Wajah Ryan dah pucat melihat Rycca. Rycca sangat penat. Nampak sangat tak larat. Ryan rasa macam nak menangis. Kesian dekat Rycca.

Telefon yang berada di genggaman disimpan.

" Argh those bitch!"

Let said...

Apa apa pun terjadi, Ryan takkan tinggalkan Rycca. Not even once!

" Come on sayang, please"

Lagi Rycca rasa nak merintih. What did he just call me? Sayang?

No..

" Get up Rycca Atma! Aku ada!"  Ryan mula meninggikan sedikit suara. Bukan mahu suruh Rycca bangun, tetapi mahu suruh Rycca 'bangun'.

Orang orang dibelakang semakin mendekati. Tiada pilihan, laju Ryan menarik Rycca supaya berlari selaju laju yang mungkin.

Nak pergi mana ni?!

" Ryan..stop. Kita tak boleh buat apa. Diaorang still akan kejar kita.."

Ryan mendecit kasar. Cakaplah berapa kali pun, keputusannya tetap sama. Takkan berhenti!

Sekarang ni, tak tahu jalan mana yang mereka dah masuki. Main redah aja. Tetapi yang pastinya, ada kedai kedai ditepi dan ada orang walaupun tak ramai.

Rycca dah tercungap cungap teruk. Pernafasannya sudah tak stabil. Sesekali dia terbatuk. Rasa macam nak muntah pun ada.

Tidak betah melihat Rycca berkeadaan seperti itu, Ryan membuat keputusan untuk berhenti.

Dan lawan.






****







" Ryan!"

Kepala belakang lelaki itu dihentak keras menggunakan kayu panjang. Rycca tergamam. Ryan mengaduh sakit, tetapi digagahkan diri untuk berlawan.

Ditolak Rycca ketepi, kepala wanita itu dielus.

" Kau tunggu aku."

Automatik mata Rycca bergenang. Dia terduduk diatas lantai jalan. Kenapa mesti terjadi benda ni? Kenapa masa dia dengan Ryan harus dicuri kerana ini? Dan yang penting..

Siapa orang orang tu?!

Setiap orang yang cuba mendekati Rycca, Ryan lawan habis habisan. Dihalangnya supaya mendekati Rycca.

"Ah!"  Rycca menjerit apabila satu kayu terbang melayang kearahnyanya. Sangat laju.

Pak!

Kedengaran Ryan mengaduh sakit. Kayu tadi dihalang oleh lengan Ryan.

Ryan mendekati lelaki yang membaling kayu tadi. Dilayangkan sebuah penumbuk pada rahang. Badan lelaki itu direndahkan dan lutut diangkat untuk mengentak pada leher.

" Erk"

Rycca tergamam apabila melihat lelaki itu sudah jatuh lembik. Dilihatnya wajah Ryan. Bengis.

Kayu panjang yang berada diatas lantai dicapai. Laju Ryan memusingkan badannya dan kayu itu mendarat pada tubuh tubuh musuh.

My SoulWhere stories live. Discover now