Fourty five

1K 48 0
                                    

Rycca terkebil kebil dihadapan peti ais kini. Kepala yang sememangnya gatal digaru. Sesekali dia mengerling Ryan yang sedang menonton televisyen di ruang tamu.

Whatsapp dibuka dan ruang mesej bersama Rania dibuka berkali kali. Rycca memuncung kan mulut.

Ni mesti kes terlupa. Resepi mana?!

Peti ais yang sudah penuh dilihat lihat. Herm, boleh ke dia nak cakap..

Banyak sangat barang sampai tak tahu nak masak apa?

" Herm, seems like..you don't know how to cook, dear?"

Gelabah Rycca berpaling dan tersengih bersalah. Ryan yang sedang menyandar pada kerusi didekati. Ryan senyum senget.

" Er..setakat potong potong tu..bolehlah. Tapi..entahlah. Tak tahu kut"

Kalau memasak, semua diserahkan sepenuhnya kepada Rania. Dia tahu baking je. Heh.

Ryan tergelak. Rambut Rycca dimasaikan dan dia bergerak ke peti ais.

" Thanks to me later"   kata Ryan seraya mengambil barang didalam peti ais.

Rycca terpegun seketika. Ryan nak masak?

" Abang pandai masak? Nak masak apa?"

Ryan hanya tertawa kecil. Papan pemotong dan pisau diambil.

" Abang dah serik nak rosakkan dapur orang. Belajar dari kesilapan "  kenyit mata.

Terus pecah tawa Rycca. Ryan didekati dan wajah lelaki itu dipandang.

" Serius? Masak apa yang rosak dapur tu?"

Ryan sengih. " Salah satunya..nugget"

Terbahak bahak Rycca ketawa. Ya Allah! Kalau nugget pun dia lepas. Ryan tak lepas?

" Holoh, sukanya dia..ni tolong abang. Masak sama sama. Rycca masak nasi"

Rycca menghulurkan bantuan kepada Ryan. Nak itu, diberi, nak ini, diberi. Memang pembantu betul lah. Ikut sebijik sebijik arahan Ryan.

Apabila melihat Ryan memotong sayur, Rycca tahan gelak. Kalau tengok dari sisi, cara Ryan memotong sangat serius. Macam apa!

" Lawak?"   soal Ryan apabila menyedari keadaan Rycca.

" Herm...tak ada apa apa. Buat buat"   Rycca sengih.

Seketika kemudian, semua hidangan makan tengah hari mereka selesai. Rycca membawa lauk lauk itu kehadapan dan mengemas meja.

" Dah siap! Abang duduk lah, nanti biar Rycca kemas dapur"

Ryan duduk diatas kerusi dan menceduk nasi untuk Rycca dan dirinya.

" Macam tak percaya je abang masak semua ni. Rycca masak nasi aje"

Ryan sengih. " Biar abang yang masak. Sayang tolong aje"

Gelengan diberikan. " Taknak lah. Nanti kalau abang kerja, sama je. Rycca kena masak untuk diri sendiri jugak"

" Itu kalau Rycca ada dekat rumah. Kalau ada kelas?"    lauk ayam diambil dan diletakkan didalam pinggan Rycca.

Rycca hanya mengangkat bahu. Doa dibaca dan dia mula makan. Ryan menunggu reaksi isterinya.

" Huu..sedaplah. Pandai abang "  riang Rycca memuji.

" Terima kasih abang "  ucap Rycca lagi. Tersengih sengih.

Ryan senyum. Dia turut memulakan suapan makanan. Kepala dianggukkan tanda dia berpuas hati dengan masakan sendiri.

My SoulWhere stories live. Discover now