Thirty

1K 48 2
                                    

Mata hanya tertancap pada jururawat yang sedang mencatat sesuatu. Sesekali dia membetul betulkan wayar wayar dan tiub. Pelbagai wayar melekat pada tubuh badan Eiman.

Eiman patah tangan kiri. Haih, jejaka itu kidal. Eric cedera teruk, namun Eiman lagi teruk.

Hentakan yang ada pada Eric sedikit kurang kerana Eiman sempat memeluknya ketika jatuh.

Koma. Kedua dua nya koma.

Plastik yang berada dalam tangan digenggam erat. Air mata ditahan supaya tidak jatuh.

Salah dia. Ini salah dia. Kalau sahaja dia sentiasa ada bersama, pasti perkara ini tidak terjadi. Pasti Rycca tidak dalam bahaya sekaligus melibatkan nyawa rakan rakannya.

" Hey"

Ryan tersentak. Laju kepala menoleh ke kanan. Kelihatan Jumbo sedang senyum kelat kearahnya.

" Hey"   Ryan membalas. Kedengaran sengau. Banyak menangis mungkin. Satu senyuman diberikan. Kelat.

Jumbo melepaskan keluhan perlahan.

" Kali ni teruk sangat. Orang tu memang nekad nak bunuh Rycca. Tell me Ryan, siapa orang tu?"

Mendengar tentang orang yang menyebabkan kejadian ini, terus Ryan mengetap rahang kuat. Matanya kosong dan dingin. Riak wajah nya mula berubah..

Seorang pembunuh.

Jumbo tergamam. Pegangan di bahu Ryan terlepas. Tidak berkelip matanya melihat Ryan. Ini Ryan kah?

" R..Ryan. Kau..relaks. Dengar sini. Apa pun yang jadi, aku takkan benarkan kau bunuh orang tu"

" Think Jumbo! Dia yang menyebabkan kita jadi macam ni! Eiman dan Eric still dirawat! Rycca cedera teruk! Bersyukur aku boleh derma darah dekat dia! Kalau tak? "

Bergema suara Ryan di koridor hospital swasta itu.

" Ryan! Calm yourself! "

Dengusan kasar dilepaskan. Lengannya digosok gosok. Terdapat tampalan disitu disebabkan kesan derma darah tadi.

" Kita akan cari dia. Faham?"

Ryan hanya diam. Wajahnya kembali berubah menjadi tenang. Nafas ditarik perlahan.

Bahunya ditepuk kuat oleh Jumbo.

" She's hungry. Go"











****











Saat Haziq melangkah keluar dari wad itu, nafas lega ditarik Rycca. Fuhh!

Kalau diceritakan pun, entah entah Haziq tak faham. Diri sendiri pun masih blur blur ayam. Tidak faham apa yang terjadi sebenarnya.

Badan direndahkan dan kepala menemui bantal. Rycca berbaring menelentang. Sungguh, satu badannya sakit.

Dengan kepala dibalut macam mumia, lengan yang terkena hirisan pisau turut dibalut, bahu yang terkena tembakan dibalut. Tch. Rimasnya. Nak keluar!

Kepala rasa berat. Mata dipejamkan. Mungkin lepas bangun tidur, sakitnya sedikit berkurang?

Kalau Ryan datang pun, biarlah. Dia boleh tunggu kan?

" Carlo Jason. The Chandeliar. Letupan, Cuba. Electric worker? Russian mafia, Natasha, fight scene?"

" Siapa dia? Did he lied to me?"

Laju mata Rycca terbuka luas. Mengingatkan tentang itu membuatkan Rycca rasa geram.

Dia ditipu hidup hidup!










My SoulWhere stories live. Discover now