Five

1.3K 64 0
                                    

Tidak semua tentang diri Rycca diceritakan sepenuhnya kepada Ryan. Rycca hanya memberitahu apa yang perlu sahaja.

" Aku tak faham. Apa masalah perempuan tu? Otak masuk air eh?"  ujar Ryan geram. Lain pula dengan Rycca. Dia ketawa sebaik sahaja mendengar kata kata Ryan.

" Kau gelak?"

Rycca sengih.   Awak ni lawak lah. Marah marah pun lawak. Relaks, saya okey je"

" Assignment tu. Kau still nak buat?"

" Entah. Saya malas. Tengoklah macam mana. Bagus jugak sekali sekala jadi punch bag. Lagipun laptop saya rosak"  kata Rycca selamba.

Ryan mendecit.  "Apasal kau tak lawan?"  Ryan pandang Rycca atas bawah. Rycca seakan akan faham akan pandangan Ryan.

" Saya berpakaian macam ni sebab saya selesa. Plus..saya tak pandai pun dalam bab bab seni pertahanan diri ni"

Ryan diam. Dia ingat perempuan yang berpakaian macam lelaki semua pandai bertempur. Dia sudah salah tafsir nampaknya.

" Kau nak aku ajar?"  soal Ryan. Dia senyum sinis. Bukan setakat ajar. Dengan ilmu ilmu pistol sekali dia turunkan.

Rycca senyum pahit. Dia hanya menggeleng.

" No thanks. Saya tak suka. Lagipun kita bukan selalu berjumpa"

Ryan smirk.  "Are you sure?"

Rycca angguk naif.  "Yeah sure. Kenapa?"

Lelaki itu hanya ketawa sebelum menggeleng. Rycca hanya memandang Ryan. Loco!

Jari telunjuk Ryan dibawa pada dadanya. Rycca hanya melihat tingkah laku Ryan

" Don't you feel something? Here?"

Rycca terdiam. Wajah Ryan yang tenang dilihat. Apa maksud dia..?

" Feel what? Awak-"

Kata kata Rycca terhenti apabila mendengar sesuatu. Dia tajamkan telinga.

Bunyi kunci dimasukkan jelas kedengaran.

Rycca sudah gelabah. Itu pasti Rania! Rania tak boleh lihat keadaan Rycca macam ni! Cepat betul masa berlalu! Kalut dia mengambil semua barangnya. Mahu menyorok! Tapi..dekat mana?!

Rycca tepuk dahi apabila melihat Ryan masih duduk di kerusi. Lengan baju Ryan ditarik kasar supaya berdiri. Ryan mahu bersuara namun Rycca lebih pantas menutup mulut lelaki itu.

" Shh!!!"

Mereka bergerak perlahan lahan menuju ke pintu belakang. Apabila Rania memasuki dapur, automatik Rycca menolak Ryan supaya menyorok dibelakang pintu. Mereka berhimpit.

" Pelik..pintu kunci. Lampu on?"  ujar Rania. Hadif sudah berlari lari di sekitar dapur.

" Hadif, jangan lari lari, nanti cedera.."  satu suara lembut pula menegur. Itu suara Jasmin.

Ryan tersenyum melihat Rycca. Ketinggian Rycca hanya paras telinga Ryan, jadi senang untuk Ryan memerhati reaksi wajah Rycca. Ryan hanya memeluk tubuh. Beriak selamba.

Apabila Rania menghampiri pintu itu, Rycca masuk kedalam lagi. Lengan baju Ryan dipegang supaya tidak jatuh. Ryan tahan ketawa. Dia menarik Rycca supaya lebih rapat kepadanya.

Dapat mereka rasakan degupan jantung satu sama lain. Dua dua menahan satu rasa. Rycca memejamkan mata. Tak. Dia tak boleh ada perasaan tu.

" Rania..i rasa Hadif lapar lah. Dia dah merengek tu"  ujar Jasmin. Rania mengangguk. Dia bergerak ke depan bersama Jasmin.

My SoulWhere stories live. Discover now