Nineteen

1K 52 0
                                    

Puas bergolek kiri kanan, daripada baring menjadi duduk, kemudian baring melentang semula. Bantal dan selimut dah tercampak dekat mana entah.

" Hwuarghhh. Tak boleh tidur.."   Rycca merengek seorang diri. Rambutnya dikusutkan.

Masih teringat ingat perbualannya dengan Natasha. Cerita cerita tu membuatkan rasa ingin tahu Rycca makin melonjak.

Tentang Ryan semestinya. Ingin tahu juga siapa kawan rapat Ryan yang telah tiada itu. Yang telah membuatkan Ryan berubah sifat sehinggalah kemunculan Rycca.

" Patutlah first time jumpa, macam ais kutub selatan. Payah senyum."   gumam Rycca sendirian.

Sekarang ni mungkin inilah sifat Ryan kan? Gila gila bodoh gitu.

Jam yang tertera di skrin telefon dikerling. Jam tiga pagi.

Duhh..

Rycca turun dari katil dan menuju ke pintu bilik untuk keluar. Tuala turut dicapai untuk menutup kepala. Yalah! Kalau terserempak Haziq kan naya.

Mengarut. Time macam ni entah entah memang dah tidur mati dengan Rania. Bukan Rycca tak tahu, sekali Haziq tidur, letaklah ayam sebelah telinga pun, confirm tak terjaga.

Kaki melangkah terus kedapur. Lampu dibuka dan peti ais dibuka. Botol berisi air kosong sejuk dicapai.

" Aduh..leganya.."

Cawan dibasuh dan lampu dapur ditutup semula. Baru kaki nak menaiki tangga, cahaya dari rumah depan menarik perhatian Rycca.

" Oh! Baru balik dari langkawi lah tu.."    kata Rycca sambil mengerling rumah depan. Jasmin baru pulang dari langkawi, dan kelihatan dia dihantar pulang oleh rakannya dari lapangan terbang.

Masuk aje dalam bilik, Rycca merebahkan badan diatas katil.

" Adeh!"

" Ish tak guna punya katil. Derhaka dekat tuan"

Tak pasal pasal katil itu ditumbuk Rycca. Ambik tangan tepuk dahi.










****











Rycca nampak kelibat Kay harini. Tapi wajahnya tidak seperti sebelum ni. Nampak sayu. Mulut pun diam aje.

Tergerak lah hati Rycca nak menegurnya, tetapi tak jadi. Takut takut Kay tiba tiba menyerangnya macam mana? Ish!

" Ha hello. Akak jangan lupa amik Ryc pulak. Syok aja pakai kereta orang tu "

Rania ketawa dihujung sana. " Kalau kereta akak tak sakit, takdenya akak nak pinjam kereta Rycca. Tunggu kejap"

" Yelah"

Talian dimatikan. Punggung dilabuhkan dikerusi. Memang serik nak tunggu dekat bus stop. Baik tunggu didalam kawasan universiti.

" Rycca.."

Kepala dipanggung. Berkerut dahi Rycca melihat figura yang berdiri dihadapannya kini.

" Kay? Kenapa cari aku?"

Kay kelihatan serba salah nak duduk disebelah Rycca. Teragak agak.

Ah dah kenapa perempuan ni?

" Duduk jelah"  Rycca memberi izin. Lagipun ni bukan dia punya kerusi. Ini hak awam. Bukannya..

' Ada tulis nama awak ke dekat sini?'

What a cliche lah. HAHAH!

Kay duduk disebelah Rycca. Dia menunduk.

" Aku..aku nak minta maaf dekat kau"

Eh?  

" Minta..maaf?"

My SoulDär berättelser lever. Upptäck nu