Thirty eight

1K 49 0
                                    

Rycca hanya setia memerhati kelakuan Ryan menyuap makanan pada Eric. Eric pula bagaikan patung. Hanya membuka mulut untuk makan, selebihnya dia hanya diam.

Semua tahu, Eric risaukan Eiman yang masih tidak sedar lagi. Mereka turut risaukan Eiman. Tapi nak buat macam mana? Hanya mampu berdoa sahaja.

" Congratulation"  ucap Eric tiba tiba. Sebuah senyuman ikhlas diberikan kepada Ryan dan Rycca.

Ryan sengih. Lengan Eric ditepuk tepuk tanda terima kasih. Sudu disua lagi.

" Tak naklah"  Eric menolak perlahan. Dia mengeliat kecil.

" Sakitnya badan aku.."  gumam Eric perlahan. Dia mengurut urut tengukuknya.

" Memanglah. Itu gaung, bukan atap rumah"   selamba Amran membalas. Tangan Jumbo naik mengepit lengan Amran. Mengaduh lelaki tu.

Tawa halus mengisi ruang wad itu. Amran sudah mencebik.

Ryan melihat Eric yang diam semula. Eric menungkan sesuatu? Apa lagi yang menganggu fikiran Eric?

" Kau okay?"  soal Ryan. Tidak betah melihat si kawan hanya diam.

" Huh? Oh okay. Kenapa?"

Ryan menyepetkan mata. Curiga.

" Rycca, teman aku turun bawah kejap. Dahaga lah"   pinta Amran tiba tiba. Wajah tiada perasaan ditayangkan kepada Rycca yang blur.

Ryan sengih. Good job Am!

" Tapi..abang.."

" Alah cepatlah"

" Oh..okay. Rycca turun tau?"   wanita itu meminta izin. Ryan angguk perlahan. Lucu.

Setelah kelibat Rycca dan Amran menghilang, Ryan alihkan semula pandangan pada Eric. Jumbo duduk di penjuru katil.

" Kau fikir pasal penyerang tu?"

Terus mata Eric bersinar galak. Rahang diketap kuat.

" Jangan bertindak melulu Eric"   keras Jumbo berpesan. Ryan hanya melepaskan keluhan. Bukan setakat Rycca menjadi mangsa, Eiman dan Eric juga termasuk secara tidak sengaja dalam permainan si dia ini.

" Motif dia, aku tak tahu lagi kenapa dia target Rycca. Tapi, orangnya aku rasa aku tahu"  ujar Ryan tenang. Wajah Eric dipandang.

" Siapa?"  mendatar dia menyoal.

Ryan tersenyum. Saat dia membuka mulut memberitahu, Eric terpana. Merasakan yang..mana mungkin?

Jasmin?








****









" Abang sembang apa dengan Eric tadi?"  soal Rycca. Kepala didongak sedikit untuk memandang Ryan.

Hidung Rycca dicuit. Ryan sengih nakal.

" Hal lelaki. Sibuk aja"

Bibir Rycca mencemik. Eleh. Hal lelaki konon. Tak nak share tu cakap jelah taknak.

" Elelele..dia merajuk daa.."  pecah tawa Ryan. Rycca menggulingkan mata keatas. Menyampah!

Apabila kereta ini mula memasuki lebuh raya, kening Rycca bertaut. Daripada nak mogok tak nak bercakap, terpaksalah buka mulut untuk bertanya.

" Kita tak balik ke? Kenapa lalu sini?"

Satu senyuman manis terbit di bibir Ryan. Stereng kereta ditepuk tepuk senang hati.

" Adalah"

" Haish..semua taknak bagitahu ni. Apa ni"  Rycca membuat muka tak semenggah. Lagi kuat ketawa Ryan.

My SoulWhere stories live. Discover now