Fifty eight

1K 51 10
                                    

Sebaik sahaja sampai dihadapan restoran mamak yang dikatakan, pantas Rycca mencari kelibat Ryan atau Jay.

Pedulikan rasa sakit di kaki, kuyup satu badan. Tujuannya hanya satu, Ryan.

Hujan masih lebat sedikit menyukarkan pencarian Rycca. Dia buntu. Mana lagi Ryan pergi?

" Hah..hah..Rycca! Sinilah!"  Eiman dan Eric mendekati wanita itu. Mereka tercungap cungap.

Eric masuk ke restoran mamak itu sambil menarik lengan Rycca untuk mengikut sama.

" Bos, ada tuala tak?"  Eric menyoal. Seketika kemudian, mamak hadir dengan membawa tuala yang masih baharu. Bau kedai pun ada lagi.

Eiman mengambil tuala itu dan letak di bahu Rycca. Dia mencekak pinggang.

" Kau kenapa? Sedar lah diri sikit, kau tu masih dalam pantang. Gila ke apa?"

Rycca tidak mempedulikan kata kata Eiman. Air matanya tidak henti mengalir dari tadi.

" Ryan.."  suara Rycca menggigil kuat. Tanda dia kesejukan. Bibirnya sudah biru. Sejuk.

Eiman meraup wajah kasar. Apa yang degil sangat minah ni?

Eric pula dah tak tahu nak buat apa. Cakap kasar, takut terasa. Lagi lagi emosi Rycca memang berkecamuk sekarang ini.

" Okay..Rycca? Dengar cakap aku. Kita balik dulu, kau kena mandi semua. Nanti kau demam. Kita balik, tunggu Ryan dekat rumah. Okay?"   lembut aja Eiman bertutur.

Rycca diam. Sesekali matanya dilarikan ke luar restoran. Kut kut lah ada petunjuk yang membolehkan dia mencari Ryan.

Tapi sifar.

" Okay..saya balik.."  perlahan Rycca membalas. Dia mencengkam hujung baju yang basah. Ragu dengan keputusan sendiri.

" Jom"

Mereka mula berjalan untuk keluar dari restoran itu. Namun terhenti apabila seorang mamak memanggil.

" Encik, itu tadi, saya nampak dua orang jalan arah sana. Dua lelaki. Kalau encik jalan sana, lepastu belok sama kiri. Mereka lalu situlah "

Mendengarkan itu, laju Rycca melepaskan genggaman lengan dan meninggalkan si kembar. Dia berlari menuju ke arah yang dikatakan oleh mamak tadi.

Eiman mengetap gigi dan lari mengejar Rycca. Eric pula menggaru dahi dan menjeling mamak.

Rosak! Yang gatal pergi bagitahu tu apehal?










****









BAM!

Pintu kereta ditutup dengan kasar dan kuat. Kepala Ryan terhantuk pada pintu itu. Dahinya berkerut kesakitan.

" Jasmin..sedar please.."  perlahan Ryan berkata. Seakan akan berbisik halus.

Tangan Ryan pula sudah terkulai jatuh bawah seat. Satu badannya lemah sangat sangat. Lagi lagi apabila memikirkan keadaan Rycca.

Ryan mula rasa sebak. Dia memejam mata kuat kuat. Macam macam yang dia rasa tika ini.

" Berangan je lah kau. Aku dah boleh keluar sesuka hati"

Ligat otak Ryan berfikir bagaimana mahu menghilangkan Jay. Walaupun perkara ini tidak boleh dipaksa, tapi dia terpaksa.

Jay mengunci pintu dan bersandar selesa pada kerusi. Dia tersenyum sinis.

" Kita tunggu Rycca sampai. Lepastu aku lepaskan kau"

Umpan. Menipu. Itu ajelah kerjanya untuk mendapatkan apa yang dia mahu.

My SoulWhere stories live. Discover now