Fifteen

1K 52 0
                                    

Rycca mendesis perlahan saat doktor itu mencuci luka tikamannya. Entah berapa kapas digunakan doktor itu untuk mencuci. Apabila luka itu dicuci dengan cecair antiseptik, laju Rycca mengalihkan pahanya.

" Sorry doktor..pedih"

Doktor itu tersenyum. "Tak apa. Saya buat perlahan lahan"

Mata Rycca terpejam menahan pedih. Dia mengeluh kejap.

Beberapa minit selepas mereka berhenti di tepi jalan, Ryan menyuruh Eiman membawanya ke klinik, manakala Eric terus menghantar Natasha dan Airiel pulang.

Rycca rasa sedikit ralat. Tidak sempat dia bertegur sapa dengan Natasha, Eiman terus memecut laju. Tak bertenang sungguh lah.

Sampai di klinik ini, adalah doktor tanya, macam mana Ryan dan Rycca boleh kena tikam.

" Ada perompak. Saya halang tapi tertikam pulak. Tapi tu lah, girlfriend saya ni pun terkena sekali."

Itu jawapan Ryan, yang membuatkan Rycca terdiam saat perkataan girlfriend itu meluncur dari mulut Ryan.

Selesai mencuci luka, doktor itu membalut luka itu kemas kemas.

" Saya akan bagi extra bandage untuk awak. Nanti cuci tau. Buat macam saya ajar nanti. Jangan banyak bergerak sangat."

Rycca hanya mengangguk. Perlahan lahan dia turun dari katil pesakit itu dan duduk di kerusi.

Doktor itu menulis sesuatu. Rycca hanya memerhati.

" Oh, by the way. Awak student kan? Nanti saya bagi MC cukup untuk luka awak sembuh."

" Eh? Doktor tau?"

" Boyfriend awak yang isikan borang maklumat tadi."

Rycca hanya mampu tersenyum pasrah mendengar kata kata doktor itu.











****











" Hai! Aku Eiman. "

" Er..Rycca."

Eiman sengih. Tangan dibawa ke belakang kepala. Mukanya bersahaja.

" Aku tau. Kau lah perempuan yang buat Ryan gila. Apa? Jiwa eh?"

" Shit Eiman!" suara Ryan mencelah sebelum Eiman kembali menjadi tok selampit tak berbayar.

Rycca hanya melihat Ryan berjalan mendekati mereka. Dengan bahunya kelihatan sedikit besar akibat kesan balutan.

Eiman dijeling tajam sebelum pandangan dialihkan kearah Rycca.

" Kau okay?"

" Okay. Dapat MC."

Kemudian diam. Rycca seakan akan tiada mood untuk bercakap banyak. Sesekali pahanya dipukul lembut menghilangkan rasa pedih.

" Kejap. Aku hantar kau balik, and aku akan blah. Korang boleh bergaduh dekat situ." laju Eiman bersuara saat menyedari raut bersalah Ryan dan raut no feeling Rycca.

Sungguh. Rycca nak tahu sangat apa yang jadi!









****









Eiman memang buat apa yang dia cakap! Tinggalkan Ryan terkebil kebil di hadapan rumah Rycca.

Urghhh siap dia nanti!

Apabila Rycca berjalan perlahan untuk memasuki rumahnya, laju Ryan menahan. Lengan Rycca dipegang sebagai bantuan.

" Tak payah lah. Serius, saya okay."

Tangan Ryan dilepaskan perlahan. Mata Ryan liar memerhati rumah Rycca. Hari makin gelap. Rumah Rycca tidak bercahaya.

" Mana Rania?" soal Ryan. Risau melihat rumah itu gelap.

" Keluar dengan abang dan Hadif."

Sesekali pun Rycca takkan memberitahu peristiwa ini kepada Rania. Cukuplah Rania asyik risaukannya. Rania ada suami dan anak untuk diuruskan.

" Rycca please! Cakap something. Kenapa kau diam?"

Rycca mengeluh. Dia melabuhkan punggung di kerusi luar. Lampu siling dihidupkan.

Ryan mengambil tempat duduk dihadapan Rycca. Wajah mendung itu ditenung.

" Awak nak saya cakap apa, Ryan? Saya tak tahu nak cakap apa. Semua ni, saya tak jangka! Saya still terkejut. Tak move on lagi. Awak nak saya cakap apa, Ryan."

Laju air mata Rycca mengalir namun pantas dikesat kasar. Nafas Rycca menjadi laju.

Ryan terdiam.

" Saya tak tahu nak rasa apa! Campur campur! Saya tak pernah hadap semua ni. Saya takde musuh. Perasaan saya berkecamuk!"

Melayu kauu! Berkecamuk!

Sekali lagi air mata yang jatuh dikesat. Rycca mencebik. Tidak suka menangis dihadapan Ryan sebegini.

" Awak pun. Saya rasa awak pun sorok sesuatu dari saya. Saya tak boleh! Nanti saya fikir banyak. Tengok awak berlawan tadi, saya tau awak dah biasa."

Akhirnya, kepala direbahkan direbahkan diatas meja. Penat. Banyak lagi benda yang dia boleh fikir. Tapi sekarang ni ada masalah baru pulak.

Ryan ketap rahang kuat. Jujur dia sendiri tidak tahu nak membalas apa. Kalau dia berada ditempat Rycca pun dia akan berasa begitu.

" Rycca, jangan menangis. Nanti kau stress. Lupakan je semua tu. Anggap semua salah aku."

" Tch. Senangnya nak lupakan semua tu. Lepas saya dah lalui apa yang saya tak pernah lalui,? And awak siapa untuk cakap semua tu salah awak?"

Damn. This gonna be longer.










****











Beberapa hari sudah berlalu selepas kejadian hari tu. Rycca masih cuti disebabkan lukanya masih belum kering.

Nasib lecturer baik hati untuk memberi tahu tugasan yang Rycca wajib buat.

Ada hikmah cuti dia ni. Dapatlah Rycca membantu Rania tentang urusan bakeri. Bila buat cheescake, mesti teringat Ryan. Bila bukak MacBook untuk membuat kerja, mesti teringat Ryan.

Dan dari haritu, Rycca langsung tidak menerima panggilan daripada Ryan. Terasa harinya sedikit hambar tanpa kehadiran Ryan.

Satu keluhan dilepaskan. Mata hanya memerhati Rania melayan pelanggan yang mengunjungi kedai ini. Sesekali senyuman terbit dibibir saat melihat perangai pelanggan.

Kepala direbahkan. Fikiran melayang memikirkan pelbagai perkara. Kusut. Kebelakangan ni adalah Rycca rasa orang memerhatikan dia. Namun hati cuba disedapkan.

" Cheesecake ni bagi sebiji lah kak. "

" Ni macam sedap jugak. Beli ni jugak weh."

" Duit aku jugak kau sapukan. Tak guna punya abang. "

Rania tersengih melihat dua orang lelaki dihadapannya kini. Sebiji cheesecake dikeluarkan dari peti.

" Nak tulis apa apa ke?" soal Rania.

Lelaki pertama menggeleng. " Tak payah kut. Ni nak kasi orang sakit makan"

Lelaki kedua menyampuk. " Kalau tulis semoga cepat meninggal?"

" Bodoh."

Rania menggeleng lagi. Lelaki bergurau kasar begitulah. Main lepas aje.

Terus Rycca angkat kepala sebaik sahaja mengenali suara suara itu. Mata terbuntang apabila melihat orang yang sangat dikenalinya itu.

" Eiman! Eric!"

































Thanks for reading ')

My SoulWhere stories live. Discover now